SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, October 4, 2011

kursus oh kursus





bukan kurus oh kurus tau, jauh sekali, ni cik zira nak bercakap pasal kursus yang cik zira kena pergi dari semalam sampailah ke jumaat ni. kursus selama 5 hari ni berlangsung di Pusat Kegiatan Guru di Permas Jaya. dahlah tak pernah pergi situ. selalu kalau tak pernah pergi memang akan google maps. tapi bila google tak dapat tempat yang dicari tapi usaha jugaklah. keluar awal semalam, pukul 7 pagi macam tu bawa pelan je sebab nak tahukan jalan. alih-alih senang je nak cari. dalam 10 minit je macam tu. alahai, best sangat. hari ni keluar lambat sket dari semalam sebab dah tahu jalan plus jalan ke sana tidaklah jam pun. 


 muka awal pagi memang begini

tempat kursus selama 5 hari




dapat fail yang penuh dengan isi. dapat jadual. setiap hari ada 3 slot. dua kali rehat dua kali makan. slot yang cakap-cakap memang cik zira akan bosan dan mengantuk akan buat kerja lain. kalau slot aktiviti berkumpulan memang hilang ngantuk sebab kena buat aktiviti yang kreatif.






kursus ni untuk KSSR Bahasa Inggeris Tahun 2 untuk tahun depan. jadi, cik zira mesti akan mengajar tahun 2, sebab itulah kena tahu pasal ni dan nanti kena buat in house dekat cikgu-cikgu yang mengajar tahun 2, tahun depan. tak pasal-pasal kena pegang aliran tahun 2 untuk bahasa inggeris tahun depan. aduhai. berat tanggung jawab diberikan itu. kena terima dan galas dengan baik, Insya Allah.






cepatlah habis kursus. cepatlah jumaat sebab jumaat sampai kul 1 sahaja. lepas solat jumaat tu, cik zira dengan sepupu yang nak kahwin jugak tu nak pergi setelkan pasal borang nikah mana yang sempat. harap-harap dapatlah buat sket sebab dah 4 hari rugi tak buat pape sebab cik zira kena kursus ni.






kepada cikgu-cikgu yang berkursus sama dengan cik zira di PKG Permas Jaya tu, sama-sama kita enjoy dan dalam masa yang sama gunakan input yang kita dapat untuk mengajar murid-murid di sekolah tahun hadapan. Insya Allah.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 3 oktober 2011 9.06 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails