SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, October 12, 2011

solek gaya cik zira





cik zira sukakan solekan yang simple dan nampak asli. tidak suka yang tebal-tebal. memadai jika nampak solekan tipis namun masih boleh tampil berseri.



simple sahaja kan,,, =)




sebab itu kalau tengok bila datang mood nak bersolek tu, memang cik zira akan solek mengikut gaya cik zira sendiri. cik zira tak pandai pun make up ni, tapi bolehlah sikit-sikit untuk diri sendiri supaya nampak lainlah sikit daripada hari-hari cik zira yang hanya berbedak sahaja.






apa yang cik zira guna dalam solekan cik zira ye :


  • toner safi balqis
  • krim pencerah fair & lovely
  • krim kecantikan safi (tutup kuning)
  • BB cream silky girl 01 natural
  • silky girl presses powder 02 light
  • elegance eyeliner
  • camaleon blusher
  • silky girl lipstic moiture rich 24 pure
  • L'Occitane lip gloss rose petal


 ini gambar lama, tahun 2009 tak silap




ini yang selalu cik zira guna untuk solekan gaya cik zira. selalunya cik zira tak akan pakai eye shadow dan mascara. tak tahu kenapa. dekat mata hanya ada eye liner sahaja. itu sudah cukup untuk cik zira. tapi kalau rasa nak pakai, baru cik zira pakai. kalau pakai eye shadow pun jarang pakai warna gelap, lebih suka warna natural seperti brown dan cream. kalau pakai gelap nampak garang lah,,, ;)
semua suka bersolek kan, cik zira pun suka tapi jarang sangatlah cik zira bersolek sebab lebih suka berbedak sahaja sebab mudah dan ringkas. tapi kalau ada mood tu, solek aje,,, hehe






ops, sebelum terlupa, cik zira ada tips sikit, yang penting kan, kalau nak bersolek ni, pastikan krim muka dan bedak kita guna tu sesuai dengan kulit muka dan pakai bedak rata-rata dan tebal sikit supaya bila solek baru naik seri bila ada warna. kena ratakan bedak supaya jerawat bekas jerawat pun susah nak nampak. hehe,,, tips ringkas dari cik zira ye!






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 11 oktober 2011 8.50 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails