SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, October 12, 2011

semalam, 11 oktober 2011





macam cantik je kan tarikh semalam, 11.10.11. macam senang nak ingat jugak. dan berbicara pasal semalam, hari selasa cik zira pun baik jugak. seronok sebab pergi sekolah dan mengajar semuanya baik-baik sahaja. 






semalam pun melawa jugak untuk anak-anak sebab kelas 3J tak masuk hari isnin, selasa baru jumpa anak-anak 3J cik zira tu, tetap nak melawa ni dan memang bebudak tu mengusik cik zira. "teacher nampak lainlah.", "teacher semakin cantik.", "lama tak jumpa teacher, teacher dah lain."






hamboi-hamboi, bukan main anak-anak 3J cik zira tu. mengada-ngada plak dah seminggu tak jumpa cik zira, tak belajar english. walaupun mulut manis, belajar tetap kena belajar, tegas cik zira tetap tegas macam selalu. yang itu tiada kompromi ye anak-anak semua.






oh, semalam entry takde cerita pasal makan kan. hari ni pun takde gamba makanan tapi nak bagi tahu, sarapan cik zira semalam nuget dan fries. dekat sekolah makan dadih. balik kerja maghrib tu makan nasi + kepak ayam 2 ketul + sayur kubis goreng. tak bawa bekal gi sekolah sebab sekarang tengah sibuk, takde masa nak makan. jadi, makan balik kerja jelah. boleh makan lama-lama dan menikmati makanan,,, =)






ok, itu saja cerita semalam. kerja banyak nak kena setelkan sebab khamis minta CRK nak setelkan hal di pejabat agama. nak setel cepat baru boleh rasa lega. ok semua, tata titi tutu.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 11 oktober 2011 8.27 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails