SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, November 3, 2011

cadar yang dicari




puas nak dapat cadar yang cik zira suka untuk bilik pengantin nanti. mula-mula fikir nak cari warna putih plain. tapi, mahal betul yang putih dan cantik-cantik semua tu. yelah, teringin nak katil macam kat hotel-hotel lah kengkononnya, hehe






bajet pun tak cukup nak beli yang mahal-mahal. jadi, hari tu pergi cari dekat Jusco Tebrau je. lama betul nak jumpa yang betul-betul berkenan di hati. bajet memang dah lari dah lah sebab yelah, mana ada cadar yang murah kan, kalau murah memang tak cantik dan kain tak sedap lah.






jadi, adalah berkenan di hati warna MERAH terang yang sangat eksklusif dan memang cik zira kata, inilah yang cik zira suka. dah puas mencari kan. harga asal dia RM 559 tak silap. dapat 50% off, jadi RM 279.50. tapi memang berbaloi sebab dia lain dari yang selalu dan memang dapat warna cik zira pulak tu, apa lagilah kan, memang terus amek. ada 2 warna sahaja koleksi yang itu. MERAH dan hijau. jenama AKEMI.






oleh sebab cadar dah lari bajet. jadi untuk bantal dan bantal peluk cari yang murahan sahaja tapi tetap sedap dipakai. nak beli yang mahal nanti tunggu dah duduk rumah sendiri,,, ^____*






bilik pengantin nanti hias sendiri je. langsir, cadar, bantal-bantal, lampu bilik, karpet dan cat semua dah ada. tinggal nak cat bilik dan kemas dengan hias je nak dekat-dekat majlis nanti. tengoklah nanti hasilnya macam mana ye,,,, hehe






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 3 november 2011 10.26 a.m.

2 comments:

Aiza Haris said...

tak sabarr nak tgk hasilnya nanti....

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

mudah-mudahan cantiklah kan kak,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails