hari ni cik zira keluar rumah awal. ada mesyuarat dan jamuan akhir tahun SKTC 2011 dekat TS Hotel, pasir gudang. cik zira kena jadi pengacara majlis.
masa nak buat teks untuk mengacara majlis, cik zira tengoklah senarai penerima hadiah. nasib baik tengok dulu sebab rupanya nama cik zira sendiri pun ada untuk terima hadiah bagi guru berkahwin. kalaulah tak tengok nama dulu, dahlah kelam kabut sebut nama sendiri lepas tu naik pentas. tak elok sangat tuh.
cik zira akan berpasangan dengan kak siti zulaikha. hari ni pakai jubah putih, jubah cik zira bertunang tahun lepas. dah tak tahu nak pakai baju apa.
yey, hari ni hari terima hadiah. seronoknya!!
nanti berita lanjut tentang mesyuarat dan jamuan ni cik zira update kemudian ye,,, ^___^
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 20 november 2011 8.02 p.m.
No comments:
Post a Comment