SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, November 25, 2011

kalau jodoh orang jauh




ini sedikit cik zira nak kongsikan,






kalau ditakdirkan jodoh anda orang dekat, orang kampung, atau orang senegeri, mungkin tak menjadi masalah bab pengangkutan dan penginapan keluarga dan sedara mara yang nak ikut menghantar. kos pun kurang.





tapi,
kalau jodoh anda orang jauh. macam cik zira, cik zira JB, buah hati Penang. uisyh, jauh jugak tu. jadi, dari awal dah nak kena fikir, siapa yang nak ikut ke sana. nak naik apa dan nak tinggal di mana.





abah cakap, sedara yang ikut semua tu jangan bayar, biar kita yang bayarkan. dorang nak ikut pun dah bagus. jadi, kena sediakan pengangkutan dan penginapan sedara yang nak ikut ke penang. oleh kerana dari JB memang takde siapa yang nak drive, kitorang yang muda-muda semua tak dapat cuti panjang, maka abah memberi pandangan dan idea abah diterima iaitu menaikkan mereka dari JB dengan bas ekspres dan balik dari Penang nanti pun bas ekspres. mungkin dari JB adalah dalam 15 orang. dan keluarga abang ai pergi sendiri dan jumpa di Penang nanti.
yang sedara dari KL dalam 3 keluarga akan dari KL terus ke Penang sebab lepas majlis di JB, masing-masing balik KL semula dan berjumpa lagi di Penang.






kiranya dalam 6-7 keluarga jugaklah ikut untuk majlis di Penang nanti, seminggu lepas majlis di JB. dan dekat sana nanti, memandangkan majlis diadakan di RECSAM, maka cik zira dah minta tolong buah hati dan mami cik zira tempahkan bilik dekat situ je. senang nak ke tempat majlis. jalan kaki je boleh.






alhamdulillah, untuk penginapan dan pengangkutan sedara mara disponsor oleh chenta hati 1 dan chenta hati 2. syukur sangat dapat chenta-chenta hati yang sudi nak memberi bantuan kepada kakak MERAH mereka ini. takpe, Insya Allah dah sampai jodoh adik-adik kesayangan cik zira tu nanti, cik zira akan tolong dorang pulak.






jadi, kalau jodoh korang pun orang jauh lebih kurang jauhnya atau lebih jauh dari cik zira, kena fikirkan semua ni k. jumlah berapa ramai, penginapan, pengangkutan dan bajet untuk semua. sediakan semua dan pastikan sedara mara kita selesa sepanjang berada di sana nanti.






macam buah hati pun, awal-awal dia dah minta cik zira tempahkan hotel untuk keluarga, sedara mara dan kawan-kawan dia masa dia nak datang sini untuk majlis kat sini. 






ini sedikitlah cik zira nak kongsikan sebab bab majlis ni, bukan masa majlis jek kena fikir, sebelum dan selepas pun kena uruskan jugak. biar kalau boleh semua berjalan dengan lancar berkat izin Allah.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 24 november 2011 8.01 p.m.

2 comments:

cik chinta said...

zira tempahkan hotel katne d jb? sebab kite pon kawin org jauh. nk prepare awal2 jg ni

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

11th Century, hotel baru sebelah KSL, ok, cantik dan harga pun ok. 10 bilik kat KSL. ni untuk family dia.



untuk kawan-kawan dia dekat hotel baru jugak Grand Sentosa, dekat the store taman sentosa tu. yang ni tengok dalam internet ok tapi tak pergi tapak buat lawatan lagi,, hehe, untuk kawan2 dia amek 3 bilik yang untuk 4 orang. tak muat, sumbat2 jelah,, =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails