SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, November 10, 2011

lumrah seorang cikgu





cik zira sekarang agak kusut dengan kerja sekolah yang banyak perlu disiapkan segera. minggu depan kan dah minggu akhir sekolah, jadi banyak sangat perkara kena diselesaikan. dari malam tadi siapkan key in SAPS, SAPR, NKRA. print segala yang ken print, key in semua yang nak kena key in. lepas dah siap semua tuh nak kena siapkan Buku Adab dan kemudiannya Kad 001. huh, boleh jadi stress kerja banyak ni. tapi, kena kawal diri dan belajar bersabar supaya dapat siapkan kerja satu persatu. Insya Allah. macam mana pun memang kena siapkan semua.






semalam pergi sekolah tema hitam dari tudung, baju, kain sampai ke kasut kecuali cermin mata dan beg kerja sahaja kekal MERAH. kertas periksa pun dah bagi dekat 4 kelas tu dan semua dah tahu markah masing-masing. ada yang gembira ada yang sedih. tapi, secara keseluruhannya, markah periksa hujung tahun ni memang menurun jatuh,, huhu






selain memberikan kertas periksa, suruh buat pembetulan setelah berbincang sama-sama, cik zira jugak sibuk mengutip senarai markah dari guru-guru subjek sebab nak kena key in dalam SAPR. nasib baik dapat semua sekali. nak siapkan kerja lah, tak nak ada yang tersangkut. nasib semua cikgu berikan kerjasama. 






selain kerja, makan usah dilupakan. bawa bekal ayam tomyam KFC, sup daging dan juga kek coklat. makan sampai kenyang. 





pulak tu, perpustakaan ada buat jamuan sikit untuk pengawasnya, cikgu-cikgu pun tumpang sekaki. dapat pizza hut 2 potong sorang. cik zira makan sampai habis. cicah sos, lagilah laju. bab makan, cik zira mana boleh diam-diam,, hehe






okeh, tak boleh update lama-lama lah, banyak lagi kerja sekolah kena siapkan. lumrah cikgu zaman sekarang,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 9 november 2011 8.06 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails