SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, January 15, 2012

Majlis Persaraan Tn Hj Musa di SK Taman Cendana.




Majlis yang telah dirancang dengan baik walaupun agak kelam kabut disebabkan masa yang singkat akhirnya dapat berjalan dengan baik hasil kerjasama semua guru yang terlibat dan pelajar yang mendengar dan mengikut arahan. semua slot berjaya dilakukan dengan jayanya. alhamdulillah.






sebelum Tn Haji Musa sampai, semua telah bersedia untuk menyambut ketibaan GB. sebaik GB tiba, paluan kompang mengiringi beliau sehingga ke dewan. pelajar semua sudah teruja untuk melihat GB kesayangan mereka.








GB agak sebak dan menangis semasa memberikan ucapan beliau. tapi, masih dapat dikawal. beliau juga menanam benih buah longan untuk dijadikan kenangan. barisan pentadbir sempat bergambar kenangan dengan GB.







suasana syahdu dengan esak tangis semasa acara GB bersalaman dengan guru-guru lelaki sambil nyanyian koir oleh pelajar didendangkan. ternyata, Tn Haji Musa amat disayangi oleh kami semua dan persaraannya ini merupakan kehilangan besar buat warga SKTC.







sesudah itu, acara perarakan dan lambaian GB untuk semua dan GB diarak menggunakan kereta antik berwarna kuning yang telah dihias cantik berarak di sekitar kawasan SKTC dengan lambaian semua pelajar.






GB kemudiannya diarak di sepanjang jalan di luar sekolah sehingga ke Masjid Taman Cendana.






Selamat Bersara Tn Haji Musa! 
Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung.






p/s hari ni, 15 Januari 2012, genaplah GB berusia 56 tahun. Selamat Hari Lahir Tn Haji





~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 13 januari 2012 7.26 p.m.

1 comment:

bee comel said...

macam mana nak dapatkan nombor telefon owner kereta antik??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails