SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, February 16, 2012

Jamuan Perpisahan SKTC Fasa 2.




malam semalam, 15 februari, sekolah cik zira, SKTC telah mengadakan Jamuan Perpisahan untuk meraikan guru-guru SKTC yang berpindah ke SK Nusa Damai dan SK Pasir Gudang 4. majlis bermula jam 8.30 malam dan hampir semua guru datang untuk memeriahkan majlis pertama anjuran PENDITA 2012.






cik zira membantu pasangan pengacara majlis sebab dorang tak pernah ada pengalaman jadi pengacara majlis. jadi, cik zira bantu mana yang boleh. kesian pula. yang tukang bantu dari awal pun tak pernah jadi pengacara majlis, jadi cik zira tolonglah pengacara majlis berdua tu malam semalam. sentiasa dekat dengan dorang supaya bila ada pape, cik zira tolong back up. jadi, pengajarannya, bertanyalah dan rujukilah orang yang tahu, bukan orang yang buat-buat tahu,,, ;)






walaupun makan di dewan terbuka dan bersederhana semuanya, namun tetap dirasai kemeriahan dan keakraban antara cikgu-cikgu semua yang bagaikan satu keluarga besar. seronok sangat cik zira rasa.






menu utama semalam nasi tomato + ayam masak MERAH + kambing black pepper + acar timun nenas. itu yang cik zira makan. ada buah oren + kuih muih semua cik zira tak makan. makan nasi je. padahal dekat rumah kak ida makan nasi jugak. 3 kali makan nasi semalam. adatlah tu, nama pun cik zira,,, ;)






alhamdulillah, majlis pertama anjuran PENDITA 2012 telah berlangsung walaupun ada kekurangan yang harus diperbetulkan supaya untuk penganjuran selepas ini Insya Allah dapat berjalan dengan lebih baik dari yang satu ini. Amin.






lepas majlis terus bergegas balik sebab dah penat dan mengantuk sangat. sampai rumah pukul 11.19 malam. 26 minit perjalanan. sampai rumah kemas apa yang patut, bersihkan diri, solat isyak dan terus tido. sangat mengantuk. bangun subuh pagi tadi, lepas tu terus sambung buat kerja sekolah.






baiklah, sampai sini sahaja ye. terima kasih sudi membaca.







~sekian~



 k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 16 februari 2012 8.23 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails