SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, February 20, 2012

makan dengan chenta hati 2.




baru-baru ni kan si adik cik zira, chenta hati 2 tu balik JB sekejap, 2 hari macam tu. bila chenta hati 2 yang balik, cik zira suka sebab boleh jalan-jalan dengan dia, gi makan-makan. kalau chenta hati 1 tu, jangan harap sebab dia mana nak keluar sangat dengan kakak MERAH dia ni. kalau balik sini pun mesti lepak dengan kawan-kawan dia. sebab tu bila chenta hati 2 yang balik, cik zira rasa ada kawan sikit boleh ajak dating. keluar jalan-jalan dan makan-makan.






macam hari sabtu baru lepas ni, cik zira berdating dengan chenta hati 2. banyak aktiviti kitorang buat bersama. yelah, memang jarang dapat jumpa bila masing-masing sibuk macam sekarang ni. bila dah jumpa, masa yang ada, digunakan dengan sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan kakak dan adik.






cik zira dan chenta hati 2 keluar rumah pukul 10 lebih macam tu. terus ke plaza pelangi sebab nak ke popular. sampai je popular belum buka lagi. jadinya, apa lagi, pergilah cari makan dulu. kebetulan teringin nak makan beef kuey teow dekat Sedap Corner tu. sama tingkat dengan popular dekat tingkat 5. jadi, kitorang pun makan dekat situ sementara menunggu popular yang buka pukul 11.





kitorang duduk tepi tingkap. dapat tengok pemandangan luar. terus order. chenta hati 2 yang mulanya tak nak makan sebab dah sarapan dekat rumah akhirnya akur dengan pujukan kakak MERAH dia ni suruh makan jugak. hehe. dah kakak MERAH kaki makan, tak kan nak makan sorang-sorang pulak kan bila dah ada yang temankan.






cik zira pesan beef kuey teow dengan air sejati. chenta hati 2 pesan fish kuey teow dengan bubur cha-cha. ini gambar dalam menu dia.






ini apa yang dipesan sudah sampai.






oklah makan dekat sedap corner ni. memang asal dari Johor dan cawangan dia pun sekitar JB je. tak banyak sangat cawangan dia. makanan dia sume boleh tahan dan harga berpatutan. banyak makanan tempatan lah. cik zira memang kalau makan dekat sedap corner ni makan beef kuey teow dia. suka!


gambaran muka riang sudah kenyang!




makan sampailah pukul 11.30. yelah, sambil makan sambil borak. lepas dah kenyang makan sampai licin. setelkan bayaran. harga untuk makan berdua dekat Sedap Corner tu RM 31.00.






lepas tu terus ke popular. shopping banyak-banyak. entry lepas ni cik zira cerita pasal shopping di popular k.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 19 februari 2012 6.39 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails