SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, February 20, 2012

siapa yang tidak suka bila dibelanja. betul tak?





ha, cepat mengaku sama-sama. semua orang suka kan bila ada orang belanja? betul kan kan. cik zira memang suka sangat bila shopping tak payah keluar duit. rasa macam seronok sangat-sangat. amek je nak amek apa. wah, gitu kan!






chenta hati 2 yang masih bergelar pelajar Universiti di UPNM pun menerima voucher buku 1 Malaysia tu. dan dengan baik hati, dia mengajak kakak MERAH dia ni shopping untuk menggunakan voucher tu sebab dia kata dia tak tahu macam mana nak guna voucher bernilai RM 200 tu. sekeping voucher RM 50.






chenta hati 2 kata, belilah apa pun. dia nak guna RM 150 sebab lagi RM 50 dia nak beli barang dekat kedai buku kat KL nanti. wah, cik zira apa lagi. amek lah apa yang cik zira nak amek. rasa semua benda nak dimasuk dalam bakul. kitorang shopping dekat popular plaza pelangi.






dah amek semua barang, dah cukup, duduk di satu sudut dan kira berapa jumlah. ada terlebih, keluarkan mana yang tak penting. cik zira lah, amek benda entah apa-apa, nampak comel je nak amek. penyudahnya, terkeluar dalam bakul sebab dah over the limit,,, hehe. amek yang betul-betul penting sahaja.






sebelum membuat pembayaran, chenta hati 2 tulis nama dengan IC dekat voucher tu. masa nak bayar, orang tu minta IC dia, chenta hati 2 dah bagi. tapi dorang tak faham IC tentera tak sama dengan IC orang biasa. punyalah susah nak bagi penjelasan. itulah, bila tak alert dengan dunia sekeliling. tak tahu tentera punya IC tak sama dengan IC orang biasa. nasib baik abah dengan chenta hati 2 tentera, dapatlah tahu jugak. selamat.





bayar dan bayar. tak cukup lagi RM 2 je nak cukupkan RM 150. chenta hati 2 tambah air botol, cukuplah jumlah voucher tu, cuma tambah berapa sen je lagi. itu disebabkan dah kira siap-siap sebelum ke kaunter. memang dah kata, tak cukup rembat je air botol dekat dengan kaunter tu.





dengan jumlah itu, dengan resit yang boleh tahan panjang dan nasib baik cik zira ada member card, dapat diskaun murahlah banyak, chenta hati 2 pun berpeluang membuat member card secara percuma selama setahun. untung di situ. kebetulan dia memang takde member card popular. nanti nak habiskan lagi RM 50 tu dapatlah diskaun.






balik dengan keriangan sebab dapat shopping macam-macam. seronok tak terkata cik zira tu!






balik je petang tu lepas singgah KSL dan tengok tokyam, terus tengok barang shopping popular tu. asingkan barang kakak MERAH dengan chenta hati 2. sekali, macam kesian pulak, barang chenta hati 2, punyalah sikit sangat, harga pun RM 30 je. yang kakak MERAH dia ni, barang banyak, pulak tu berharga RM 120. 4 kali ganda barang tuan punya voucher. nasib baik adik jenis tak kisah. memang niat nak belanja kakak MERAH dia ni. dan nasib baik juga bukan cik zira yang dapat voucher tu, kalau tidak, memang habis RM 200 cik zira beli macam-macam. tapi, semua cik zira beli tu cik zira guna tau. bukan untuk dibazirkan. jadi cikgu kan, banyaklah barang nak guna untuk buat itu dan ini. bila dah ke kedai buku, semuanya nampak best,,, hehe


atas : chenta hati 2's, bawah : cik zira's




terima kasih tau chenta hati 2 sebab beri peluang kepada kakak MERAHmu manfaatkan voucher itu dengan sebaik-baiknya. memang terbaik!!






terima kasih juga kepada kerajaan dengan pemberian voucher ini kepada pelajar-pelajar. cuma, masanya tidak kena kepada sesetengah pelajar yang sampaikan tidak tahu nak beli buku apa sebab ada yang sudah di akhir semester, ada yang tak tahu amek kos apa lagi, tapi yang untuk ahli keluarga sebab dapat dibelanja beli keperluan alat tulis dan buku bersama-sama.


gambaran muka happy dapat shopping!




lepas ni, ada sape-sape lagi nak belanja cik zira shopping?,,, ^______*







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 19 februari 2012 7.02 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails