SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, February 9, 2012

pekerjaan suamiku.





4 haribulan malam yang lepas selepas dah kenyang makan yee mee sizzling, cik zira menemani suamiku ke market tun sardon sebab suamiku kena potong ayam kak emy yang perlu dihantar malam itu jugak. jadi, dapatlah cik zira melihat depan mata bagaimana suami cik zira tu membuat kerja yang dia dah biasa sejak bertahun-tahun.







nampak macam senang sangat suamiku potong ayam. kejap je berbelas ekor dah siap dipotong. kagum sekejap. kalau dekat pasar larkin beli ayam pun banyak yang guna mesin. tapi suamiku kata guna pisau lagi cepat. cubalah kalau isteri MERAH dia ni yang potong ayam pakai pisau, mahunya terkial-kial tak siap-siap, hehe






lepas tu, masuk market tu ada ayam-ayam kena kurung tunggu masa dorang pulak. cik zira pun apa lagi, amek gambar ayam jugak. lepas ni dah tak jumpa dah ayam-ayam dalam kurungan tu semua. ayam betina diasingkan dari ayam jantan.






tunggu sampai suamiku siap buat kerja, dah kemas bersihkan semua lepas tu balik hantar ayam pulak.






semua orang ada kepakaran dalam bidang masing-masing kan. dan ada bagusnya kalau suami isteri kerja bidang lain-lain, jadi mana yang isteri kurang, suami boleh support, mana yang suami kurang, isteri boleh support. macam itulah kiranya,,, ^___^






oh, dan apa jua pekerjaan suami, kita kena bangga sebab itu suami kita dan itulah pekerjaan dia untuk sara keluarga walaupun isteri bekerja. kan kan..






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 8 februari 2012 8.56 p.m.

5 comments:

Afasz said...

:) so sweet

adarnadzmie said...

alhamdulillah... yg pasti rezeki halal kan dik merah..hehe

cik chinta said...

lepas ni, mst zira pon terel potong ayam. kite pon x pndi potg ayam, jadik, xpnah masak ayam dlm ruma, klo teringin beli part2 tertentu aje.

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

adarnadzmie :



ye kak. halal dan diberkati Allah. Amin,, =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

cik chinta :



alahai dEar, dah ada suami yang terer, bini tinggal masak jelah, tak payah potong2 dah, hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails