SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, March 14, 2012

Pak Hussin Tomyam.





kalau dekat Penang ni, kedai tomyam yang popular ialah Pak Hussin Tomyam dekat belah-belah nak ke sungai ara tu. memang sangat femes dan malam je mesti penuh.





baru-baru ni Pak Hussin Tomyam ni tutup lama. sekarang dah buka balik. jadi, cik zira dan suamiku pergilah nak makan kat sana selepas dah lama sangat tak menjejak kaki ke sana. pergi petang sekaligus makan malam lah tu. cik zira ingat nak makan bihun goreng basah.






tapi, sangat kecewa sebab Pak Hussin Tomyam dah tak buat mee - mee dah. dia jual nasi jek. kecewa sangat! heran kan, patut mana-mana kedai tomyam mesti ada mee tau, barulah best. idea siapalah tu jual nasi-nasi jek. kesian orang datang nak makan bihun ke, kuey teow ke, mee ke, macam cik zira ni ha, kempunan sungguh.






makan jelah kongsi dengan suamiku. menu kitorang semalam ialah nasi putih + sup sayur + telur bistik + fresh orange. kemudian menu sampingan ialah sate ayam dan daging 10 cucuk. cukup untuk kenyangkan perut semalam.






sayang. mesti ramai jugak senasib dengan cik zira bila tahu Pak Hussin Tomyam dah takde mee-mee dah.







~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 13 mac 2012 9.05 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails