SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, April 30, 2012

hari ni amek CRK + tak jumpa transformers!




buat cikgu-cikgu, mesti dah tahu apa itu CRK bukan? tetapi, kepada yang bukan cikgu, CRK tu bermaksud Cuti Rehat Khas. kitorang guru-guru ni, ada 7 hari dalam setahun untuk amek cuti kecemasan gitu. dan cik zira memang susah nak amek cuti kalau tak betul-betul. tahun lepas pun tak silap 2 hari je amek CRK ni.






oleh itu, disebabkan esok cuti Hari Buruh, cik zira pun ameklah CRK hari ni untuk balik Penang berjumpa dengan suamiku. dapatlah 4 hari bersama dengan suamiku di Penang ni sejak hari sabtu.






dan hari ni, takdelah pergi sekolah dan lalu lebuhraya pasir gudang tu dengan transformers yang besar-besar gabak semuanya.






macam lori kat atas tu, memang besar. cik zira belakang dia baru-baru ni sebab jalan jam. bila jalan jam ni, kereta kecik kena hati-hati dengan lori kalau lori nak masuk jalan. memang kena bagi sebab kang kalau dia dah hempet, keta kecik ni yang kemek habis.






lagi satu, kalau jalan lancar, sekali tengok belakang ada transformers laju je nak cucuk-cucuk, memang cik zira takut. mesti cik zira cepat-cepat amek lane kiri. yelah, dah bawa 100km/j nak rilek je kan bawa, sekali kat belakang lori besar datang punyalah laju, siapa yang tak takut kan?






siapa yang hari-hari lalu lebuhraya pasir gudang tu tahulah macam mana bila berdepan dengan lori-lori yang laju macam ni kan?






p/s cik zira memang panggil lori besar sume transformers sebab besar-besar betul.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 29 april 2012 7.26 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails