SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, June 16, 2012

kisah masak-masak.





wah, punyalah peram lama gambar ni. dah seminggu pun berlalu. baru hari ni nak cerita pasal cik zira masak-masak sabtu lepas ketika masih berada di Penang, di rumah kak emy.







bahan utama ialah ayam. jadi, terfikir nak buat ayam black pepper. wardeena request sup tomyam. padahal bahan nak buat tomyam takde. takpe, guna apa yang ada bagi jadi jugak. guna serai dan tomato. hehe. dan lagi satu lauk sayur sawi goreng.






ini bahan-bahan yang cik zira sediakan untuk masak 3 jenis lauk tu.






dan inilah 3 lauk yang cik zira masak untuk makan tengah hari sabtu lepas. suamiku pun dapat rasa.


sup tomyam putih.
serai, bawang besar, cili padi, tomato dan ayam.
tumis semua bahan bawang, cili padi, serai. masukkan isi ayam dan gaul rata. masukkan tomato gaul rata. tunggu sampai air ayam keluar. masukkan garam secukup rasa. masukkan air secukupnya dan gaul rata. senang sahaja. ada rasa tomyamnya. sedap pun sedap. hehe


ayam masak black pepper.
bawang merah, bawang putih. cendawan hitam, ayam.
perap ayam dulu dengan kicap, sos teriyaki atau sos tiram, serbuk lada hitam. 
perap dalam 10-15 minit.
kemudian panaskan minyak, tumis bawang dan masukkan ayam.
 tunggu ayam sehingga masak. tambahkan lagi sos teriyaki dan kicap sebagai kuahnya dan garam secukup rasa dan masukkan sedikit air supaya tidak kering sangat. masukkan cendawan hitam dan gaul rata. sudah siap!

sayur sawi goreng bebola ayam.
bahan tumbuk ialah bawang merah dan ikan bilis.
tumis bahan yang ditumbuk halus. masukkan lada hijau. 
tambahkan sedikit air dan garam secukup rasa. 
masukkan bebola ayam yang sudah dipotong. 
masukkan sayur dan gaul rata. siap!



seronok bila dapat masak sendiri,,, =)






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 15 jun 2012 7.50 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails