SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, June 12, 2012

Macaroni Hailam.




alkisah. hari terakhir cik zira berada di Penang hari tu, di hari sabtu, cik zira di rumah kak emy, cik zira masak macaroni hailam untuk sarapan pagi cik zira, irdhina dan wardeena.






sediakan bahan-bahan semua.








  • macaroni direbus
  • bawang merah, bawang putih, cili padi ditumbuk lumat
  • setengah kiub pati ayam
  • sayur sawi dipotong
  • bebola ayam dipotong
  • cendawan hitam dipotong
  • serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
  • sos tiram dan kicap sedikit





cara masak yang mudah :


  1. tumis bawang merah, bawang putih, cili padi yang ditumbuk sehingga garing.
  2. masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan gaul sebati dengan bahan tumis tadi.
  3. tuangkan sedikit air dan gaul rata. masukkan garam secukup rasa. tambahkan sos tiram dan kicap secukupnya. gaul rata.
  4. masukkan air lagi sebagai kuah hailam. jangan terlalu banyak air nanti macaroni kembang sangat pulak.
  5. tunggu air mereneh bagi kuah hailam tu sebati semua sekali. tunggu dalam 3minit macam tu.
  6. kemudian, masukkan cendawan, bebola ayam dan gaulkan.
  7. masukkan macaroni dan gaul lagi.
  8. akhir sekali masukkan sayur sawi dan gaul lagi bagi sebati.
  9. siap dan boleh hidang dan makan. nyum nyum!





alhamdulillah. habis jugak macaroni hailam tu sebelum makan tengah hari. makan untuk tiga orang. tapi sorang makan sampai dua kali. hehe.






sedap makan masa tengah-tengah panas lagi. memang menyelerakan. selain dibuat untuk sarapan, boleh juga dihidangkan untuk makan petang atau makan malam sebab ringkas dan mudah je nak masaknya.






silalah cuba ye!






~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 11 jun 2012 9.11 p.m.

1 comment:

Syahida Ali said...

Tq untuk resipi..nanti boleh syida cuba :) :) :)

--------------------------------------------
nurulsyahidaali.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails