SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, June 6, 2012

makan malam : 05062012.




Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua yang dirahmati Allah.






baiklah, untuk memulakan pagi rabu yang sudah terlewat bagi cik zira untuk mengupdate blog hari ni, cik zira gantikan dengan bercerita pasal makan malam cik zira semalam bersama suamiku.






masa nak dekat maghrib tu, cik zira bagi tahu suamiku nak makan tomyam. siap senaraikan lauk lain nak dimakan. nak tomyam, daging masak merah, sotong, kailan ikan masin. lepas tu, kalau ikutkan hati nak tambah lagi, tapi suamiku kata tamak. nanti tak habis.






jadinya, lepas maghrib, keluarlah kami laki bini ni ke Pak Hussin Tomyam. dah lama tidak makan kat situ. sampai je orang dah ramai. melayu ada, cina ada, india ada, singh pun ada jugak. semua pun suka makan dekat Pak Husin Tomyam.






menunggu boleh tahan lama lah jugak. tapi takpe, servis dia kalau orang ramai mana pun, taklah lama sangat kena tunggu berzaman macam dekat tempat lain. 


suamiku menanti dengan sabar




sampai je makanan, amek gambar cepat-cepat sebab nak makan terus. perut dah lapar sangat tak sabar nak menunggu diisikan makanan.






ini apa yang kitorang makan. takde dalam gambar ialah kailan ikan masin sebab sampai lambat.











Alhamdulillah. semuanya habis licin. cik zira kalau makan mesti habis, tapi syaratnya kena makan pelan-pelan. kalau tak sakit perut nanti. 






secara jujurnya, makanan dekat Pak Husin Tomyam biasa sahaja, cuma dia dah terkenal sebab tu ramai suka makan dekat situ. tomyam dia pun tak cukup power. tapi, sesekali kalau nak makan oklah. kalau nak makan tomyam dan masakan siam yang betul-betul sedap, kena tahu tomyam dia cukup power ke tidak. masakan pedas-pedas, ha tu baru betul-betul sedap! hehe.






TAPI, tetap berpuas hati malam tadi dapat makan lauk yang nak dimakan bersama suamiku. terima kasih wahai suamiku.






~sekian~






k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 6 jun 2012 11.05 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails