SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, September 26, 2012

Kafeel Afeef




ahad lepas, cik zira berkesempatan ke rumah keluarga BFF sempena majlis aqiqah baby yang diberi nama kafeel afeef itu. cik zira sampai terus cari kafeel. dia tengah menyusu. dah debab dah dia dah sebulan lebih.


lama jugak cik zira kat rumah BFF. maklumlah, dah tak macam masa anak dara dulu, selalu melepak siap tido dekat rumah BFF, sekarang masing-masing dah ada tanggung jawab sendiri, tu yang nak jumpa paun kadang susah sangat.


sampai je cik zira makan laksa penang dulu. pusingan kedua sejurus habis laksa penang, cik zira makan pulak mee soto. lepas tu makan kuih talam sebiji. rehatkan perut kejap minum air sirap limau.


masa untuk kafeel bersiram, cik zira tengok mama kafeel mandikan kafeel. suka je kafeel berendam dalam pool dia. kafeel memang suka mandi. lepas mandi, minum susu, semua sedara mara kerumun peluk cium kafeel, dalam nak dekat maghrib macam tu, baru kafeel dapat tido. sian dia. mama kafeel bedungkan dia nak bagi dia tido lama sebab belah malamnya ada kenduri marhaban dan cukur jambul.


lepas maghrib cik zira makan lagi dengan BFF pulak. makan nasi minyak + acar + ayam kepak masak merah + sambal tumis ikan bilis. geram tengok sambal tumis tu. walaupun makan dengan nasi minyak macam tak kena je kan, tapi makan jugak. mana boleh tinggal sambal tumis kan kalau dah nampak.


cik zira minta izin nak balik dalam pukul 8 macam tu. nanti lepas isyak orang lelaki dah nak sampai. jadi, cik zira beredar dahulu lagipun tak nak balik lewat sebab sorang-sorang kan malam pulak tu. mak siti, mak BFF tapaukan lauk nasi kuih semua lah. terima kasih banyak kepada mak siti, BFF dan keluarga. Insya Allah, nanti cik zira datang lagi ye.


oh ye, BFF sempat lagi beli tudung 2 layers 2 tones cik zira tau. sampai 4 helai sekali dia amek. BFF pun suka tudung tu. yang masih belum beli, masih ada lagi 10 helai warna cantik. sila ke ...REDshop... ye.


akhir sekali, tataplah wajah anak teruna BFF dan suaminya, Kafeel Afeef yang masa cik zira nak balik peluk cium dia, dia memang tido je sebab penat sangat dan baru nak rasa tido betul-betul. amek gamba dia pun dia tak sedar. alahai kafeel.






nanti cik zira Merah jumpa kafeel lagi ye 
kafeel sayang.













~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 24 september 2012 7.59 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails