Alhamdulillah. Bertambah lagi ahli keluarga abah. Haritu dapat menantu baru. Lepastu tak lama dapat cucu baru plak. Cucu nombor dua. Kawan khalisah.
Haritu pergi tengok baby khalisah macam biasa la buat sombong senyap dia. Lagipun sebab baby kecik sangat lagi. Tunggu besar nanti leh main sama sama.
Nama cucu atok nombor dua haura azzahra. Baby girl la jugal sama macam khalisah.
Semoga menjadi anak solehah ye haura. Nanti ada masa leh jumpa lagi.
Tapi walau macam mana pun khalisah tetap cucu kesayangan atok yang pertama. Manja sungguh ngan atok dia. Haritu balik kampung jumpa atok memang ibu tak lakula. Malam je tido baru cari ibu.
Raya plak nanti jumpa atok lagi.
SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Showing posts with label ..:: baby ::... Show all posts
Showing posts with label ..:: baby ::... Show all posts
Saturday, June 11, 2016
Tuesday, December 4, 2012
Majlis Cukur Jambul Siti Awfiyah
tanggal jumaat lepas, 30 november 2012, berlangsungnya majlis cukur jambul, anak kepada sepupu cik zira qiela iaitu baby siti awfiyah yang baru berusia 2 bulan. majlis dijalankan selepas maghrib dengan menjemput kumpulan marhaban dari jalan cempaka, majidee baru. mula-mula baca tahlil untuk kenduri arwah lepas tu baru bermarhaban dan cukur jambul
awfiyah sangat comel dengan baju gaun dan skaf putihnya. baby girl kan, baju sume comel-comel. geram je tengokkan.
masa cukur jambulnya pun, awfiyah baik. diam je, tak nangis. senang keje ibu dia.
dan dalam masa yang sama, masa bermarhaban, anak kak nurul, sepupu cik zira jugak sangat comel duk berjoget sebab dengar acik-acik marhaban siap ada alat muzik dengan microphone lagi. dahlah memang kaki joget. boleh join kumpulan marhaban sekali. comel!
baby awfiyah ni cicit tokyam ( mak kepada arwah mak cik zira ) yang nombor 3. anak kak nurul dah 2 orang. nombor 4 anak cipi yang kahwin 2 minggu sebelum cik zira, yang cicit nombor 5 anak kak win. sekarang ni cicit tokyam ada 5 orang. 4 lelaki, sorang perempuan. tunggu cicit nombor 6, anak cik zira plak. semoga semuanya selamat.
terima kasih kepada qiela dan suami, pojie dan juga mak jah sudi menjemput ke majlis cukur jambul baby awfiyah.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 3 disember 2012 4.35 p.m.
Thursday, October 11, 2012
baby siti awfiyah
tahun lepas, berderet 3 minggu cik zira dan sepupu-sepupu belah arwah mak buat majlis. mula dengan cipi, lepas tu qila lepas tu cik zira.
dan isteri cipi dan qila mengandung dulu. cik zira kemudian. qila dah pun selamat mendapat baby girl pada pagi khamis minggu lepas yang diberi nama siti awfiyah
comel sangat cik zira dapat gamba dia yang baru berapa hari je. putih gebu.
isteri cipi tunggu masa je rasanya. cik zira lambat lagi, tahun depan. kena tunggu dulu.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 8 oktober 2012 9.45 p.m.
Wednesday, September 26, 2012
Kafeel Afeef
ahad lepas, cik zira berkesempatan ke rumah keluarga BFF sempena majlis aqiqah baby yang diberi nama kafeel afeef itu. cik zira sampai terus cari kafeel. dia tengah menyusu. dah debab dah dia dah sebulan lebih.
lama jugak cik zira kat rumah BFF. maklumlah, dah tak macam masa anak dara dulu, selalu melepak siap tido dekat rumah BFF, sekarang masing-masing dah ada tanggung jawab sendiri, tu yang nak jumpa paun kadang susah sangat.
sampai je cik zira makan laksa penang dulu. pusingan kedua sejurus habis laksa penang, cik zira makan pulak mee soto. lepas tu makan kuih talam sebiji. rehatkan perut kejap minum air sirap limau.
masa untuk kafeel bersiram, cik zira tengok mama kafeel mandikan kafeel. suka je kafeel berendam dalam pool dia. kafeel memang suka mandi. lepas mandi, minum susu, semua sedara mara kerumun peluk cium kafeel, dalam nak dekat maghrib macam tu, baru kafeel dapat tido. sian dia. mama kafeel bedungkan dia nak bagi dia tido lama sebab belah malamnya ada kenduri marhaban dan cukur jambul.
lepas maghrib cik zira makan lagi dengan BFF pulak. makan nasi minyak + acar + ayam kepak masak merah + sambal tumis ikan bilis. geram tengok sambal tumis tu. walaupun makan dengan nasi minyak macam tak kena je kan, tapi makan jugak. mana boleh tinggal sambal tumis kan kalau dah nampak.
cik zira minta izin nak balik dalam pukul 8 macam tu. nanti lepas isyak orang lelaki dah nak sampai. jadi, cik zira beredar dahulu lagipun tak nak balik lewat sebab sorang-sorang kan malam pulak tu. mak siti, mak BFF tapaukan lauk nasi kuih semua lah. terima kasih banyak kepada mak siti, BFF dan keluarga. Insya Allah, nanti cik zira datang lagi ye.
oh ye, BFF sempat lagi beli tudung 2 layers 2 tones cik zira tau. sampai 4 helai sekali dia amek. BFF pun suka tudung tu. yang masih belum beli, masih ada lagi 10 helai warna cantik. sila ke ...REDshop... ye.
akhir sekali, tataplah wajah anak teruna BFF dan suaminya, Kafeel Afeef yang masa cik zira nak balik peluk cium dia, dia memang tido je sebab penat sangat dan baru nak rasa tido betul-betul. amek gamba dia pun dia tak sedar. alahai kafeel.

nanti cik zira Merah jumpa kafeel lagi ye
kafeel sayang.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 24 september 2012 7.59 a.m.
Labels:
..:: baby ::..,
..:: Jualan Tudung ::..,
..::fooD::..,
~BFF~
Friday, August 31, 2012
si comel mia.
masa Syawal kedua hari tu, kitorang pergi beraya rumah sedara di kampung melayu, masing-masing tak nak lepaskan peluang bergambar dengan si comel mia. mia sangat comel dan bila tengok dia terus jadi geram. tapi, mia ni susah nak senyum.
kalau lah dapat baby macam mia, memang lah hari-hari nak peluk cium. hehe
p/s hari ni cuti lagi. Salam Kemerdekaan 31 Ogos buat semua.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 27 ogos 2012 9.00 a.m.
Labels:
..:: baby ::..,
..:: family ::..,
..::raya::..
Wednesday, June 27, 2012
oh, si comel arisya!
mari tengok gelagat arisya atau dipanggil icha, anak kepada kak lah, rakan cikgu sekolah cik zira.
sangat comel. bila suh pandang kamera senyum, mulalah dia buat muka dia mengada macam tu. cubit kang!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 26 jun 2012 9.35 p.m.
Friday, April 13, 2012
comelnya pakai kimono.
Ya Allah, kenapalah comel sangat pakai kimono ni wahai baby?
geram sungguh tengok. baby ni kalau dah comel gebu, pakai apa pun comel macam nak gigit-gigit.
alololo tomei-tomei,,, ^___*
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 12 april 2012 9.30 p.m.
Wednesday, April 4, 2012
hadiah Aunty Merah untuk baby BFF.
walaupun usia kandungan BFF masuk ke 5 bulan, cik zira pulak yang teruja lebih. yelah kan, dulu teruja bila BFF nak kahwin. sekarang teruja sebab BFF dah nak jadi mama dah. hari ahad lepas kan cik zira dan BFF berjumpa, berdating. tapi bukan dating berdua je tau, dating dengan baby dalam perut BFF sekali. BFF makin cantik sejak mengandung. berseri-seri, seri bakal ibulah katakan.
lepas makan, kitorang masuk dalam Jusco nak tengok barang baby. cik zira belikan baby rompers yang comel sangat dari truddy and teddy. warna putih sebab tak tahu lagi baby BFF lelaki ke perempuan. nak selamat, beli putih dulu. MERAH takde yang cantik.
cik zira juga dah berniat untuk belikan sesuatu yang penting untuk baby BFF. jadi, cik zira cakap dengan BFF dan suaminya, botol susu tak payah beli, cik zira hadiahkan baby.
tengok dekat Jusco Avent Philips newborn set harga RM 250 macam tu. cik zira beli online je. murah dari Jusco. sama je padahal. dah sampai pun. nanti jumpa BFF lagi nak bagi hadiah cik zira yang lagi satu ni untuk baby BFF. nanti setiap kali baby minum susu pakai botol, BFF boleh ingat kat cik zira kan?
teruja kalau bercerita pasal baby. kalau tengok barang baby lagilah teruja sangat-sangat. dan, bila BFF tersayang mengandung ni, cik zira pun happy sama. tak sabar nak tengok baby BFF Ogos nanti. mesti comel.
BFFku, terimalah hadiah dari kita k. kita doakan semoga kamu sentiasa sihat sehingga selamat melahirkan baby yang sihat dan comel. Amin.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 3 april 2012 10.10 p.m.
Labels:
..:: baby ::..,
..:: is all about mE ::..,
~BFF~
Monday, February 13, 2012
fadhlullah.
cik zira ada ramai anak sedara dekat Penang tu. salah seorang yang kira junior-junior lagi ialah fadhlullah atau cik zira panggil si comel sorang ni dengan panggilan fadh.
dia memang tersangatlah comel. cerah kulitnya. dan selalu dipakaikan celak oleh ibunya. bertambah comel. cuma, fadh suka nangis dan kuat nangis,,, ;)
ni gambar dengan fadh masa pergi berkelah baru-baru ini. dah lepas mandi sungai. punyalah suka dia berendam dalam air.
penuh bertempek bedak dekat muka fadh. baru lepas mandi.
ololohloh, mata kuyu sangat comel!
selain aqib yang cerdik tu, fadh dan wadud kira baby lagi yang cik zira suka main dengan dorang bila balik Penang. dorang comel sangat!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 12 februari 2012 9.45 p.m.
Sunday, January 29, 2012
si aqib yang hensem!
kalau belah suamiku ni, anak sedara kesayangan cik zira memanglah si aqib yang hensem dan bijak itu.
dia sangat menawan hati semua orang. jenis tak kisah dan bijak. pandai ikut orang cakap. umur aqib baru setahun lebih. tapi banyak juga perkataan yang dia dah pandai sebut.
yang bestnya, kalau dia buat perangai kan, bila kitorang marah, nanti dia buat muka dia, terus tak jadi marah sebab aqib sangat comel! geram betul kat aqib.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 28 januari 2012 10.30 a.m.
Monday, January 16, 2012
alisya yang comel!
cik zira kalau dengan budak-budak kecik terutama yang baby-baby ni memanglah suka sangat. mereka adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat-sangat comel! bau baby pun sangat-sangat sedap!
ini cik zira bersama dengan alisya, anak kak lah dan cikgu azrol. main dengan dia masa pergi rumah kak lah sabtu lepas. dia sangat peramah dan comel!
nak masuk blog MERAH, baju echa pun wajib MERAH,,, ^___*
nanti cik zira jumpa echa lagi ye sayang.
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 15 januari 2012 11.08 a.m.
Labels:
..:: baby ::..,
..:: is all about mE ::..
Tuesday, January 10, 2012
sungguh comel!
masa majlis 18 disember,
sungguh comel kan mereka?
geram je tengok!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 10 januari 2012 10.00 a.m.
Friday, December 23, 2011
rindu kat naqib aka bukan-bukan
berkahwin dengan buah hati menjadikan cik zira bertambah gembira apabila terus dapat anak sedara yang ramai. salah seorangnya ialah naqib atau cik zira panggil dia encik bukan sebab dia suka sebut perkataan bukan-bukan.
naqib ni anak abang buah hati. abahnya nama najib, anaknya nama naqib.
naqib adalah seorang anak yang cerdik lagi bijak. mulutnya dia memang banyak, cakap tak berhenti dan memang sangat aktif. kalau sehari tak datang rumah tu mesti sunyi jek rasa. naqib memang penyeri. oh, lagi satu, semua binatang dia akan sebut cat. burung ke apa je, semua naqib bantai panggil cat. sungguh comel!
cik zira mesti rindu sangat kat naqib. nanti bila dapat balik penang, naqiblah orang pertama cik zira nak peluk cium.
gamba aqib tido lena sebelum cik zira berpisah dengan si comel ni hari tu
rindu naqiblah!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 22 disember 2011 9.02 p.m.
Subscribe to:
Posts (Atom)









.jpg)














