SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, November 22, 2012

Jamuan & Mesyuarat Akhir Tahun - Hadiah



nak bercerita lagi pasal Jamuan dan Mesyuarat Akhir Tahun 2012 anjuran Kelab PENDITA 2012 di mana cik zira merupakan salah seorang AJK Tertinggi dan penting dalam menjayakan majlis tersebut. hadiah-hadiah pun banyak cik zira beli dengan bantuan bos, cikgu redzwan dan pembantu bos cikgu hilmi.


cik zira suka sebab cik zira dapat hadiah banyak masa majlis tu. walaupun untuk hadiah cabutan bertuah memang tak kan dapat dan tak pernah dapat, takpelah, masih dapat hadiah yang lain.


hadiah utama ialah beg galas jenama Carisbrook New Zealand disebabkan bosnya cikgu redzwan pemain ragbi, jadi beg pun beg jenama ragbi. kitorang sume pun dapat. beg tu harganya RM82. hadiah utama mewah dah tu. hehe






hadiah masa daftar, cikgu perempuan dapat kain batik dan cikgu lelaki kain pelekat. bolehlah buat basahan kan. sekali dengan woven bag. 


selain tu, ada hadiah payung besar 30" warna biru. ha, yang ni cik zira yang pilih dan order. walaupun ada masalah penghantaran, nasib baik sempat jugak sampai untuk diberikan kepada semua. nak warna Merah dah habis, jadi warna biru yang ada. cik zira suka sebab boleh letak dalam kereta.





kiranya semua cikgu dapat 3 hadiah untuk jamuan hari tu. cik zira hadiah tambahan beg kecik dengan tuala kecik sebagai AJK PENDITA 2012. lepas tu si baby pun dapat hadiah tilam dengan bantal comel. semua sekali cik zira dapat 5 hadiah bawa balik. seronok sangat.


ada hadiah hamper untuk gerai-gerai yang berniaga masa Hari Karnival Usahawan september lepas. dan ada juga hadiah cabutan bertuah untuk mereka yang bertuah dan bukan cik zira ni yang takde tuah. huhu






diharapkan cikgu-cikgu SKTC pun berpuas hati dengan hadiah yang pihak AJK Tertinggi berikan. rasanya beg, payung tu semua boleh digunakan. cik zira siap nak guna beg galas tu bawa gi spital masa nak beranak nanti. hehe


siapalah yang tak suka dapat hadiah kan kan?




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 21 november 2012 4.50 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails