SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, November 27, 2012

Restoran Haji Sharin Low Grand, BBU



disebabkan birthday suamiku 17 november, sabtu dan suamiku membuat surprise sampai JB ahad malam tu, makanya, cik zira pun nak belanja suamiku makan. kat JB ni sebenarnya cik zira tak tahu sangat tempat makan sebab jarang makan kat luar. selalu memang makan dekat rumah je.


bertanya pada BFF, dia rekemenkan makan seafood di BBU. cik zira pun search lah dekat google. upanya masakan chinese muslim. cawangan dekat JB ni di bandar baru uda. deret-deret dengan BSN tu. nama restorannya Restoran Haji Shahrin Low Grand. suka sangat sebab warna MERAH.






kitorang gerak dari umah lepas isyak. sampai masa tu tak ramai orang sangat. tapi lepas tu ramai. ramai datang dengan keluarga.


menu sangat pelbagai. macam-macam ada. lauk-lauk dan nasi-nasi ke mee-mee ke semua pun ada. cik zira order lauk-lauk sebab nak rasa lauk. lenkali ke rasa mee atau nasi dia plak.


makan dua orang je, tapi rasa macam hidangan tu boleh makan sampai 5-6 orang. banyak sangat. suamiku berjaya habiskan sepinggan nasi. cik zira tinggal lagi sikit je. dah tak boleh masuk takut muntah sebab dah penuh sangat.


kitorang order sup daging dengan tauhu, sup ni jenis pekat likat tapi sedap. satu mangkuk yang besar. manalah nak habiskan berdua je kan. daging goreng istimewa. daging ni rasa macam daging burger lepas tu kuah dia macam thousand island sauce rasa masam manis masin sume ada. ada 7 ketul dagingnya. sotong plak amek masak sambal tapi yang datangnya macam masak asam je. dan sayur plak sayur kailan ikan masin yang ikan masinnya memang betul-betul masin.


cik zira letak gambar dengan harganya ea. sepinggan nasi RM 1.50. minuman amek jus oren dan jus epal. harga segelas jus RM 4.50. harga kat sini mahal berbanding tempat lain, tapi sesekali nak makan bolehlah. tempat biasa je dan presentation dia pun macam makan gerai biasa tapi sebab dah ada nama, jadi harga mahal orang tak kisahlah.


 sup daging dan tauhu RM 15

 sayur kailan ikan masin saiz kecik RM 10.00

 daging goreng istimewa RM 19.00

sotong masak sambal asam RM 22.00




total makan malam tu RM 82.50. tu pun paksa makan bagi habis. cuma sup je tak dapat nak habiskan. kalau makan ramai-ramai best lah lauk banyak macam tu.


pendapat cik zira? bolehlah. takdelah sedap sangat-sangat. tapi, nanti cik zira nak cuba makan set nasi atau mee-mee dia plak. tengok orang makan macam sedap. lain masa plak.


malam tu makan di situ. esoknya makan tengah hari lepas check up klinik cik zira belanja makan pizza hut plak. pun kenyang makan tak habis. tapau bawa balik makan kat umah. hehe


suamiku balik JB pun bukan selalu. nak dekat dua bulan sekali baru dapat jumpa. jadi, bila suamiku balik JB, makan cik zira lah belanja. sesekali pun kan. nanti dah dapat duduk sama-sama, barulah boleh masak-masak makan dekat rumah je. belum tiba masanya lagi.





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 24 november 2012 3.58 p.m.

2 comments:

Rosmarieza said...

zira, memang awk duk jhor ke atau awk dipindahkan sekolah lain? :)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

kita memang duk JB. sekolah dekat taman cendana pasir gudang. suami je kat penang. tak dapat pindah sana lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails