SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, December 5, 2012

kek sedap, pizza pun sedap. apa aje yang tak sedap kan.



hari ahad baru-baru ni, 2 disember, hari lahir sepupu cik zira yang ke 9 tahun. memandangkan anak-anak bik idah, si mayam tonet dan adik-adiknya pun ada kat umah atok, maka disambut secara kecil-kecilan mana yang ada. budak nak tiup lilin makan kek je. yang lain tak kisah pun.


cik zira belikan kek choc mud. bik moi belanja pizza hut. dah lama tak beli kek SR, rupanya sebiji sekarang nak dekat RM 90 kan. makin lama makin naik harga semuanya. nasib baik beli yang kecik je sebab kalau yang besar selalu tak habis. beli kecik, terus makan ramai-ramai terus habis. senang nak kemas.





tugas membeli kek dan pizza hut ialah tugas mak buyung ni. memula gi plaza pelangi, itu je yang dekat ada SR. lepas beli kek, terus ke pizza hut yang delivery tu, senang takde orang. tunggu pun kejap je. amek set yang RM 40 tu 2 set. 2 set harga RM 80 tu ada 2 large pizza, 8 mushroom soup dengan 4 garlic bread. puaslah makan.






balik je budak-budak kecik sume dah teruja. tapi kena solat zohor dulu baru leh tiup lilin. semua dah solat, barulah berkumpul. pasangkan lilin, nyanyi sikit dan tiup lilin. lepas tu potong kek dan makan.





cik zira makan 2 keping pizza. satu pizza daging satu pizza ayam. lepas tu makan mushroom soup dengan 3 ketul garlic bread. kek makan sepotong. malam makan pizza lagi sekeping. ini baru boleh nak makan fast food. kalau tak dari awal ngandung memang tak sentuh pun fast food. sesekali takpelah.


hadiah belikan set bekal angry bird. sukalah siti dapat hadiah. suruh dia simpan boleh bawa bekal gi sekolah. ada bekal isi makanan dengan ada botol air. sekarang kan mana-mana pergi duk angry bird je tak habis-habis.





zaman bebudak sambut hari lahir seronoklah ada kek, nyanyi-nyanyi tiup lilin kan. dah besar ni, nak hadiah best je jawabnya. hehe





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 3 disember 2012 4.55 p.m.

2 comments:

hazanis said...

domino dan pizza mana lg sedap?:P

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

em, 2-2 pun sedap. tapi dominos bila sejuk cepat keras rotinya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails