SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, January 12, 2013

bekerja 6 hari seminggu.




sejak dah mula sekolah 2013 ni, dah dua kali sabtu kena datang sekolah bertugas. tapi, memang tak heran pun sekolah cik zira ni memang dah bertahun dah macam setiap kali sabtu je kena datang sekolah. dengan keadaan cik zira yang sekarang menunggu masa je nak meletop, rasa bila nak gi sekolah hari sabtu tu malas sangat. jauh sangat rasa.


kalau orang lain dah nak dekat melahirkan ni, memang suami yang hantar pergi kerja dah. amek hantar. tapi, lain dengan cik zira yang suamiku berada di Penang sana. kena kuatkan diri dan selalu berdoa supaya perjalanan cik zira ke sekolah setiap hari pergi dan pulang dipermudahkan dan selamat. yelah, perjalanan 20-25 minit kalau jam 30-35 minit JB-Pasir Gudang kan, macam-macam boleh jadi. tapi, kena selalu berdoa supaya Allah permudahkan cik zira dan si baby.


macam hari ni kena kerja pagi. jadi awal pagi dah kena bangun dan pergi sekolah. sekarang usia si baby kat dalam perut ni dah 38 minggu nak masuk 39 minggu. si baby macam sedap je duduk dalam ni lagi tanak keluar. next check up kena gi klinik selasa nanti, 15 haribulan. misi tu kata kalau belum beranak, datanglah, kalau dah beranak kena bagi tahu. rasanya belum beranak lagi. tengok si baby pun tak turun lagi. jadi, kalau betul ikut due date, 26 haribulan hari sabtu nanti. huhu


takut. tapi tak sabar nak tengok anak sendiri. baby sendiri. Ya Allah, permudahkanlah segalanya dan semoga suamiku ada di sisi saat melahirkan nanti. Insya Allah.


hari ni kerja. balik rehat dan esok rehat. kerja sekolah yang bawa balik rumah kena siapkan pelan-pelan. dah nak dekat cuti ni mana kerja yang tertunggak boleh disiapkan cik zira siapkan dulu. mengajar pun macam biasa, sistem dan rutin cik zira. semoga anak-anak cik zira 3 kelas tu amalkan yang sama walaupun bukan dengan cik zira nanti bila cik zira dah cuti bersalin.


ok, jumpa entry esok pulak ye semua. Assalamualaikum.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 9 januari 2013 10.23 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails