SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, January 13, 2013

tema ungu.



sekolah tempat cik zira bekerja dan menabur khidmat bakti ialah SK Taman Cendana, Pasir Gudang. dan rupanya pada tahun 2013 ni, ada tema warna khas untuk sekolah cik zira. temanya ialah warna Ungu atau purple bahasa inggerisnya.


jadi, sebagai guru kelas, kami semua perlulah menghias dan mencantikkan kelas dengan menggunakan warna temanya iaitu ungu.


jadi, cik zira berkongsi kelas dengan kak zainor. oh, kak zainor sangat kemas dan teliti orangnya. disebabkan perut yang memboyot, kak zainor yang tolong pasangkan semua sebab cik zira dah tak boleh nak memanjat semua. tugas cik zira membeli kain untuk dipasang di papan subjek di belakang kelas. 


makanya, bersendirian seperti selalu pergi ke giant plentong masa minggu bertugas akhir disember hari tu. pergi nagoya cari kain. kain plain takde, jadi beli kain cotton polkadot yang berharga RM 2.50 semeter sebanyak 8 meter.






kelas pun bila cik zira masuk dah cantik. memang kak zainor rajin orangnya. sebab tu dapat guru cemerlang. cantik kelas cik zira. orang dah tolong hias, jadi cik zira kena pesan dekat anak-anak 3D cik zira, kena kemas kelas, jaga kelas elok-elok.


jadi, kalau masuk sekolah cik zira tu, memang warna ungu di sana sini. itulah warna tema kami di tahun 2013. 





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 10 januari 2013 9.42 a.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails