SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, January 18, 2013

dating terakhir berdua barangkali.



masa suamiku hantarkan keretanya untuk cik zira pinjam bawa ke sekolah dua minggu lepas, cik zira ajak suamiku makan sama dekat luar. teringin nak makan blackpepper seafood pasta yang BFF makan masa dating ngan BFF hari tu. maka, ke KSL lah cik zira dan suamiku.


muka happy dapat jumpa suamiku dah 2 bulan tak jumpa



memang niat ke KSL untuk makan sahaja, jadi terus masuk ke Season's Cafe tu. terus order makan. cik zira order blackpepper seafood pasta tu. suamiku amek set nasi dengan blackpepper grilled chicken. lepas tu top up RM 6 setiap set dapat mushroom soup yang sedap tu, air dengan ais krim. tambah air mango longan smoothies sebab air add on tu air sprite dengan teh panas cik zira tak minum.


 muhsroom soup sedap, mango longan smoothies dengan strawberry ice cream

 blackpepper grilled chicken with rice and salad. salad tu cik zira habiskan semua

blackpepper seafood pasta



makan sampai licin sebab kebetulan dua-dua memang tengah lapar tak makan tengah hari lagi sebab tahu nak makan kat luar.


lepas tu cik zira cakap dengan suamiku, " agaknya kan buah hati, ni last kot kan kita makan sama-sama dua orang kan. lepas ni keluar makan dengan baby pulak."


suamiku tersenyum je. yelah, lepas ni suamiku balik pun baby nak keluar dah. lepas tu pergi mana-mana mesti bawa si baby sekali kan. dah bertiga lah lepas ni. tak sabar nak tunggu saat tu. tengok orang lain bawa baby gi jalan-jalan. BFF dengan suami bawa baby kafeel jalan sana-sini. seronok je. Insya Allah masa tu akan sampai jugak. tak lama je lagi.


lepas kenyang makan, terus keluar dari KSL dan suamiku temankan cik zira ke Mydin, BBU nak beli barang. lepas tu terus balik. kejap je dating. sambung dating kat umah plak. si baby kasi can ibu ngan babah dia dating berdua buat kali terakhir sebelum si baby lahir ke dunia.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 13 januari 2013 3.45 p.m.

2 comments:

Nurfilzahnurfya said...

yey congrats kak zira, dpt baby gurl.ya Allah comelnya baby kak zira. suke sgt !

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

hehe, terima kasih ye angah. comel ye.mesti along tunjuk kan. nanti ea, kita letak banyak-banyak lagi gambar dia. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails