SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, April 16, 2013

3 bulan.


khalisah anak ibu. masa ni baru 2 bulan 2 minggu 



Alhamdulillah syukur
hari ni 16 April, genap umur khalisah 3 bulan bersamaan 90 hari. kejap je masa berlalu.


jadinya, hari ni pukul 10 khalisah ada janji temu dekat klinik ibu dan anak kg melayu tu. check up untuk 3 bulan. kena enjit lagi. harap-harap kali ni khalisah tak tidolah. yelah, setiap kali nak enjit mesti tido sebab menunggu bukan men lama. kalaulah kejap je macam dekat klinik desa kat penang tempoh hari kan best. senang hati. tapi malangnya, kena terima hakikat klinik ni memang ramai no orangnya.


tak tahu hari ni bape lama, bapa jam kena tunggu. berdua jelah dengan khalisah. kalau dulu gi mana pun sendiri, sorang-sorang. masa khalisah dalam perut pun khalisah temankan ibu gi merayap sana sini. sekarang, dah ada khalisah, kena bawa khalisah. berdua plak. babah kan kat penang, jauh.


nanti cik zira update khalisah 3 bulan ye. alhamdulillah. setakat ni memang takde demam. cuma selsema lama tak baik. sian dia. poo-poo dia makin banyak hari tak membuang. dari 2 ke 3 hari. ke 4-5 hari sekali baru dapat poo-poo. harap-harap oklah, takde masalah sangat buat khalisah. risau tu memang risau tapi doa khalisah ok. dah macam ibu dia plak ada masalah nak membuang air besar. kesian...


makin suka bersembang. suka senyum bila diagah. tapi time mood baiklah. kalau tiba dia ngantuk, aduhai. sume pun tak boleh. macam, " khalisah nak tido sekarang jugak. sekarang! ". ha, lebih kurang macam tulah kotnya khalisah cakap. jadi, buat lah apa pun, mesti dia ngaruk. kena tidokan dia jugak.


dah suka mandi. mandikan dia kat kolam besar dah. suka kocak air pakai kaki. time mandikan belakang dia mesti dia toleh-toleh tengok ibu mandikan dia sambil senyum. comel betul !


kaki tangan tak payah cakap memang makin laju kayuhan nya. kaki plak suka sangat angkat sampai bontot sekali nak terangkat. dah pandai meniarap kalau baring atas bantal tinggi. kepala pun dah kuat. kaki pun sama. pendek kata, memang aktif sangatlah khalisah ni. syukur. semoga sihat ye anakku.


hari ni hari akhir cuti. esok dah mula bekerja setelah 90 hari bercuti bersama khalisah. tak sabar nak kerja, nak ngajar anak-anak cik zira yang 3 kelas tu. sian lama tak belajar dengan teacher hazirah. apalah jadi anak-anak cik zira ramai-ramai tu. takpe, teacher garang dah nak masuk balik ni. kita belajar sama-sama k. semangat nak mengajar balik. tak sabar! nak pakai cecantik esok!


tapi mesti sedih kena tinggalkan khalisah esok. balik sekolah mesti nak peluk cium khalisah. balik pun dah kul 7 petang macam tu kalau tak jam. harap khalisah tak meragam duduk dengan buyut, tokcik leha dia. ada cik siti boleh main dengan khalisah. mesti khalisah cari ibu kan sayangku? jadi anak baik k, ibu kerja cari rezeki sayang. harap sangat khalisah tak menyusahkan buyut dan semua yang jaga dia kat rumah. nak hantar orang jaga, dah cari pun tapi buyut khalisah tak bagi. dia risau khalisah nangis orang jaga tak pandai pujuk. alahai, comelnya buyut. sayang sangat kat khalisah.


eh, ingat nak update pendek je. sekali tengok panjang jugak ni. dah kena berhenti dulu. cik zira kalau dah bercerita, menaip lupa diri plak. ngeh ngeh


masa ni mesti ngah menunggu kat klinik tak siap lagi. bosanlah khalisah. harap khalisah tak nangis lah. amin





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 8 april 2013 9.22 a.m.

2 comments:

cik chinta said...

mmg gtu la klo g kkia. lm btol. da nk nek sek. kjp je kn.

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Mmg.klinik kerajaan kan.haah.jap je da hbs 3 bulan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails