SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, April 12, 2013

bagus untuk baby



ingat tak cik zira pernah buat entry pasal jus epal yang boleh bantu baby kalau tak berak? kalau nak tahu KLIK SINI. baru-baru ni pun khalisah tak berak masuk hari ketiga. jadi, macam biasa, belikan dia jus epal heinz tu dekat giant. shopping dengan khalisah sekali.





dia kalau minum jus ni mesti boleh poo-poo. esok paginya dah boleh membuang. ibu khalisah yang lega lebih. bagi ubat sembelit yang doktor punya dia tak nak. tak telan pun, buang balik. dia tak suka sebab ubat tu tak sedap. kalau ubat selsema dia tu dia suka, dia minum sebab manis.


lagi satu cik zira nak kongsi. baby kan selalu kembung. nanti kalau sakit perut, nangis tak berhenti. samalah macam khalisah. masa kat penang, naneema khalisah ( nenek penang ) bagi minum gripe water. lalu, masa belikan jus epal tu belikan sekali gripe water untuk khalisah. harga sebotol tu RM 9.90 dekat farmasi.





air tu memang bagus untuk baby kembung. bagilah sikit. nanti tak lama lepas tu perut khalisah rasa lega sket. lepas tu, kalau baby kembung, letak perut baby dekat bahu ke kat peha ke. meniarapkan dia. lepas tu urut-urut belakang badan tu bagi keluar angin. nanti dia rasa lega.


ni belajar dari orang yang berpengalaman. cik zira kongsikan dekat sini. sama-sama belajar k bagi yang tak tahu. jadi kepada bakal ibu, bolehlah masukkan gripe water dalam senarai k. memang bagus. mak-mak dulu-dulu pun guna.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 3 april 2013 12.27 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails