SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, April 25, 2013

check up di klinik 3 bulan



ini cerita masa bawa khalisah check up kat klinik umur 3 bulan. kisah minggu lepas hari selasa, 16 haribulan. genap khalisah 3 bulan. keluar rumah kul 9.30. nak tahu balik rumah pukul berapa? kul 12 tengah hari. lama kan? standard lah tu klinik kerajaan. lama-lama khalisah pun dah biasa. syukur sangat khalisah tak meragam. cuma sampai time dia nak susu, kena bagi. dia nak tidur, kena tidurkan. punyalah lama kan. sampai banyak kali khalisah menyusu sampai tertido pun tak siap lagi. huhu


khalisah jumpa ramai kawan. seronok dia. tengok sana sini. bila tengok anak seronok, ibu pun seronok jugak buat kawan borak-borak nak hilangkan bosan. dan gosip hebat bila cerita pung-pang-pung-pang misi pelatih sume buat kerja lambat, terhegeh-hegeh. klaka betul. tapi itulah kenyataan. nak cepat jadi sume lambat. misi pelatih sume takde anak, mana tahu ragam budak kecik bila kena tunggu lelama. jadi, bukan dorang heran pun. kita yang mak-mak ni kena pujuk anak supaya bersabar dan juga pujuk diri sendiri. kalau tidak, mak-mak yang hilang sabar.


dan ada satu misi tu, alahai, panggil nama slow sangat. macam bisik dalam kelambu je dik non! orang ramai, manalah dengar. kena pergi pantai berlatih jerit ye dik. bagi suara kuat sikit. awak tu misi, nak kena panggil orang hari-hari. kalau suara tak kuat, macam mana dik? ha, terus pemes dalam blog ni akak Merah cerita pasal awak wahai misi pelatih. tingkatkan mutu prestasi dan keunggulanmu wahai misi pelatih.


ok dah. jom ke slot bercerita dengan gambar. slot ni khalisah paling suka. cepatlah ibu-cepatlah ibu. khalisah nak tengok gambar khalisah ni. ok fine. itu bayangan ibu kengkonon khalisah baca blog ibu Merah dia ni.


ok, jom sayang!


 tengok. sampai tertidor tau khalisah tunggu lama. 
bahagia je tido lena walaupun bising sana sini. nama pun kaki tido. haha!

 kasi can ibu tepek gamba ibu satu ye khalisah.

 misi-misi pelatih yang kelam kelibut. siap bawa buku kecik. tak hapal lagi lah tew

 bila bilik susu beraircond ni takde orang tinggal ibu dengan khalisah je. 
maka, jom bergambar!
masa ni khalisah dah mengantuk. mata dah merah

 gelaplah plak. takpe, gelap pun on je.
 tapi masa edit gambar baru perasan gamba kiri tu khalisah buat peace tapi ngadap belakang plak. nampak tak nampak tak? kekecik dah pandai bergambar buat peace. baru 3 bulan ye anak.

 sian dia. masa ni dah ngantuk sangat

 dalam bilik lepas timbang ngan ukur panjang. 
masuk bilik ni terus bangun kesukaan kena bogel nak timbang. 
apelah khalisah ni. suka main dengan misi-misi pelatih. ketawa dia. 
agaknya khalisah cakap tunggu lama sangat baru dapat masuk turn khalisah.

 hai semua pembaca blog Merah ibu kita. masa ni umur kita 3 bulan. 
tapi kita kecik je, berat tak naik pun. ^___^




ibu ni kan, suka sangat bergambar.
 tapi yang penting jangan lupakan khalisah tau bila bergambar. 
nak interframe jugak dalam blog ibu. hehe



lepas ni bulan 6 pulak untuk check up 5 bulan. 4 bulan tak payah gi klinik. yang bulan 6 tu minta kul 8 pagi sebab kan dah keje. kang kalau lambat memang tak gi skolah lah jawabnya.


oh lupa. berat khalisah tak naik pun. 2 bulan 4.9KG, 3 bulan 5.1KG je. khalisah ni jenis kecik je kot. tapi dia tinggi. panjang dia 61cm. misi pelatih tu kata, mak oi, biar betul panjang dia 61 cm. siap ukur lagi sekali. ikut babah dia lah tew.


kena enjit nangis sampai muka merah padam. seb bek masa tu dia tak tido. baru pas main dalam bilik dengan akak-akak misi pelatih. kesukaan sangat padahal tak tahu nak kena enjit. sian dia nangis. tapi keluar bilik enjit je terus diam. good girl betul lah khalisah. terus bawa dia masuk keta yang diparking jauh sebab parking penuh. dan dalam keta balik tu khalisah sangat baik. tak nangis pun sampailah sampai rumah. dia tengok luar je berehat dengan tenang.






alhamdulillah. enjit kali ketiga ni pun khalisah tak demam. bagus sayang ibu ni. ibu tahu khalisah kuat sayang.


umur 3 bulan khalisah dah pandai meniarap. dah kuat kan sebab suka sangat angkat bontot. last-last terus meniarap. dah makan biskut marie hancurkan dengan air bagi lembik. buyut dia dengan tokbik rajin suap. seb bek ok. berak pun ok. siap minum sustagen orang besar tu dalam botol. suka sebab manis. cik zira kalau minum vitagen ke sunquick ke mesti bagi dia sikit, kalau tak nanti sian mulut dia minta nak jugak. dah kalau tinggal dengan orang tua, apa pun sumbat masuk bagi khalisah. tak kisahlah nak, asalkan perut khalisah ok. Insya Allah. bak kata tokbik khalisah, "anak orang dulu kecik makan apa tak mati pun". jadi, berpegang kepada kata-kata itu lah si ibu khalisah ni. pasrah. ^__^


sekian dulu cerita ibu dengan khalisah untuk check up 3 bulan ni. tunggu bulan Jun plak nanti. apakah ragamnya. yang pasti tunggu berjam-jam tu dah wajib! klinik kerajaan kan katanya. kena pasrah lah. tapi dah terbiasa. seronok pun ada sebab boleh tengok banyak ragam terutama ragam si kecik-kecik. sume pun comel! termasuk khalisah. eh, nak jugak anak sendiri. haruslah ken...





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 17 april 2013 8.08 a.m.

4 comments:

Unknown said...

Rindula anak kecik. Ank sya dh 18 bln...

cik chinta said...

mmg bercinta kn tgu lm d kkia. tp, sbr itu spruh drpd iman

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Fadth wan :

Alahai.nanti ada rezeki boleh ada baby lg kan. :-D

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

Cik chinta :

Haah. Betul sgt.masa ngandung xpe lagi baby dlm perut.t bila kena bawa baby, sian kat baby tau tunggu lama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails