kalau orang lain rata-rata lepas cuti lama 3 bulan nak keje balik macam malas je kan. itu tidak pula terjadi kepada diri cik zira yang tak sabar nak nek keje nak jumpa anak-anak kat sekolah nak ajar dorang. sian dah lama tak belajar dengan teacher hazirah.
sangat suka sebab sume pun suka jumpa cik zira balik. dan sangat bangga bila anak-anak kelas 1F yang level dorang agak bawah sikit tu masih ingat apa yang cik zira ajar. "teacher, may I sharp my pencil?". itu antara ayat english mudah yang cik zira ajar masa sebelum beranak tu. sampai sekarang dorang ingat. syukur.
len-len syarat yang cik zira bagi dekat 3D, 2B dan 1F pun sume masih ingat. buku semua bawa. bagus sangat! tak susah nak mengajar balik. kerja macam lesson plan buku rekod dan buku register pun dapat siapkan. takdelah stress mana nek keje ni. seronok lagi adalah!
ok, masa untuk bercerita dengan gambar ye.
rabu, 17 April 2013
bekal : ayam kari + ayam goreng kepak + sayur bayam
malam balik siapkan lesson plan
khalisah hari pertama kena tinggal
cik zira hari pertama nek sekolah lepas bercuti lama
khamis, 18 April 2013
bekal : ayam kicap + sayur kubis lemak + sayur campur
cik zira berbaju batik coklat + turban + syria cotton najjah
khalisah hari kedua kena tinggal
jumaat, 19 April 2013
cik zira berbaju kurung gold + turban + syria 2 layers
chocolate moist yang sedap sangat! RM 5. khamis beli, jumaat pun beli
khalisah hari ketiga kena tinggal
oh, cikgu-cikgu sekolah puji cakap macam anak dara balik. badan slim. okeh, happy sangat bila dengar macam tu. ada cikgu laki siap cakap, "macam tak beranak je." haha. sape tak happy bila kena puji macam tu kan. yay! anak-anak sekolah pun siap cakap, "teacher makin cantik". yay dua kali dan yay banyak kali. terima kasih tau yang puji-puji. buat cik zira lagi semangat nak bekerja. sungguh ni!
malu nak cakap. tapi cik zira pun ada keek. kalau rasa nak tengok keek, cari lah ierazira27 k. tak paksa pun. malu sebenarnya. kalau nak tengok banyak video khalisah kat youtube, cari ierazirared k. live lah sikit dari blog. hehe.
ok, itu sahaja untuk entry hari jumaat penutup minggu ni. jumpa entry besok!
~sekian~
k, adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 20 april 2013 1.45 p.m.
7 comments:
selamat kembali mengajar zira.
itulah nak cakap gak..selim je zira..takecare
dah cakap kurus taknak caya.. nak kene ramai-ramai puji agaknya baru caya ibu khalisah nie lah.. nade !! HAHA
Atty :
Selamat2. Hehe
Yay lagi baca komen kata kt slim. ♡
Huda :
Bukan x caya.cuma.time tu baru lg lepas pantang.hehe
waaa...kurusnye. ape rahsia? ble r pki kebaya merah balik (:
kejap je masa berlalu. tup..tup cik zira dah mengajar semula. sukalah tgk hari-hari awk bawa bekal pergi sekolah :)
haah.kejap je habis cuti 3 bulan. makcik dah masak, bawa jelah bekalnya.hehe
Post a Comment