oh, ini cerita lama. tapi baru nak cerita. peram gambar lelama dulu. hehe. cerita ni masa dalam perjalanan dari KL nak balik Penang. balik kampung khalisah! singgah KL jap beli barang.
selalu drive 3 jam lebih dah sampai penang dari KL. tapi bila dah ada anak ni, banyak stop. jadi berjam-jam baru sampai. last perhentian kitorang makan dan solat sebab masa tu dah petang. cik zira tak makan apa lagi dah lapar. ibu lapar nanti khalisah pun lapar sama.
babah khalisah makan dulu. lepas tu dia bawa khalisah masuk keta sebab nak hujan, ibu makan sesorang. makan cecepat. sebelum masuk keta pau duit babah nak beli kek coklat dengan kek keju. nampak macam sedap.
dalam kereta, main dengan khalisah. babah gi solat. kang dah sampai umah takleh nak jamak sume. makanya, walaupun lepas makan nasi lemak dengan kepak ayam goreng, masih lapar. jadi, kita cuba kek coklat moist katanya. nampak macam sedap. nak tahu sedap ke tidak, mesti kena cuba dulu.
jom kita bercerita dengan gambar. baru syok sket!
inilah dua biji kek comel yang berjaya dibeli.
nama sebenar kek : cheddar cheese dan chocolate moist
okeh. ini muka si ibu happy nak makan kek.
amek gamba sendiri sampaikan gambar anak pun dapat kaki je.
isyh-isyh. lupa le tew dah ada khalisah. eh, tak. mana boleh lupa khalisah.
24 jam setiap saat khalisah di hati ibu.
jadinya, mari kita amek gambar lagi sekali supaya dekat caption dapat tulis gambar ibu dengan khalisah. ha, baru adil dan saksama. namun, kek coklat sedap itu lebih menarik perhatian khalisah dari nak pandang kamera. penat ibu cakap senyum sayang. khalisah lebih suka senyum pada kek itu dengan besar harapan dapat merasa kek yang telah membuatkan khalisah terliur. baik anak. ibu faham. kek lagi best dari bergambar. faham-faham.
inilah dia si kek yang menjadi tajuk hangat dalam entry ini.
nampak sedap dan memang sedap. tak nyesal beli.
kalau tak beli konpem termimpi-mimpi kek coklat moist ternampak dalam peti sejuk tu.
tengok tu, kan coklat cair dia ada lagi walaupun keknya dah habis
cik zira balun dengan sekelip mata.
banjir habis kek coklat ni.
sian khalisah. tengok je ibu makan.
hidung pun sampai terkembang kempis merayu nak rasa. oloh, shian dia!
ha, terus mata terbeliak besar bila dapat merasa coklat cair yang sedap itu.
baru nak bergambar nak pandang kamera.
berkali-kali pulak tu ibu khalisah suapkan. gembira khalisah. akhirnya dapat merasa jugak kek yang ibu makan. itu barangkali apa yang khalisah cakapkan dalam hati dia. ibu teka je.
tengoklah, sampai comot bibir khalisah makan coklat.
kesimpulannya, memang sedap. coklat cair dia banyak sangat. sampaikan kek dah habis, coklat cair tu banyak lagi dah macam kuah sup. tak larat cik zira nak ngabiskan sebab manis sangat kan. habiskan mana yang mampu. lepas tu bagi sikit-sikit kat khalisah rasa. dia sangat suka okeh. sebab manis. khalisah memang geng dengan ibu dia suka benda manis!
harga kek tu RM 4 sekotak kecik tu. orang yang buat tu dari kedah. kek keju cik zira makan esoknya. masuk dalam esbok dulu. tapi kek kejunya tak sesedap kek coklat moist tu.
tunggu ye khalisah wahai anak, nanti dah boleh makan, ibu kasi je makan apa yang ibu makan. mesti khalisah seronok sebab boleh geng lagi dengan ibu yang kaki makan minum. haha!!
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 15 april 2013 2.35 p.m.
2 comments:
tu syok ad geng da nk mkn sm. x sunyi r. hihi
Haah.nampak gaya khalisah kaki makan macam ibu dia.hehe
Post a Comment