entry hari sabtu selalu entry santai dan selalu cik zira suka nak bercerita pasal makan. sebabnya selalu kan sabtu cuti kecuali kena gi sekolah kalau ada keje. jadi, kalau cuti senanglah nak cari makan ye tak? itu pun kalau rajin. kalau malas, makan je apa yang ada kat rumah. itu pun dah cukup sedap jugak.
hari ni nak cerita pasal 3 gambar makanan. jom!
JB : nasi lemak atok buat. siap masuk bungkus dalam daun pisang tau.
suka sangat nasi lemak atok. nasi lemaknya memang sangat berlemak.
cukup rasa santan masin sume. sambal telur atok pun terbaik!!
pedas dan seeedaaapp sangat!! tambahan 2 ketul nuget tempura. ni makan bekpes.
JB : ni makan tengah hari. meriah kan lauknya. yang penting sayur memang banyak.
cik zira memang suka sangat makan sayur. kalau ada semangkuk tu cik zira sorang leh habiskan. orang len amek sayur sikit sangat, cik zira kalau makan sayur, ha, melambak satu pinggan.
masa ni lauk ikan pari asam pedas. ada daun kesum, sayur bendi, broccoli, ada ikan bilis petai. sedap habis!!
SIMPANG PULAI : ni makan petang merangkap makan malam. masa balik umah abah.
abah masakkan spageti. sedap. cik zira dah lah memang pencinta pasta. dengan kuah yang pekat. daging cincang yang banyak. bebola daging pun banyak. memang terbaik lah spageti abah ni. bertambah cik zira makan. esoknya bekpes pun siap habiskan semua. ^___^
rugi kan kalau orang yang diet tak makan sume yang sedap. rugi-rugi. hehe
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 25 april 2013 9.17 a.m.
1 comment:
zira mkn byk, tp menten slim.
Post a Comment