SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, May 27, 2013

life & works : 20 - 23 Mei


sebelum pape, nak ucapkan selamat bercuti kepada budak sekolah semua termasuk cikgu sekolah. walaupun cuti jangan lupa mana kerja yang kena siapkan tu, kena siapkan k.


cerita pasal minggu lepas. minggu yang tersangatlah sibuk sebab nak siapkan LINUS bahasa inggeris darjah satu 2 kelas dan dalam masa yang sama band-band pun kena jalan jugak. tak faham ada benda ni sume. habislah silibus tertinggal. nak buat macam mana. dah orang atas kata buat, kenalah menurut perintah. mana nak tanda nak catit nak key in sume. inilah kerja cikgu zaman sekarang. berkali ganda kerjanya dari cikgu zaman dulu yang orang ramai kata jadi cikgu senang. huh!






namun begitu, cik zira tetap suka jadi cikgu. kerja banyak siapkan tak payah tangguh takde masalah punya. itu prinsip cik zira dalam bekerja. mana yang boleh siapkan, terus siapkan.


oh dan minggu lepas tu minggu cik zira dan rakan cikgu kumpulan 3 bertugas. bila bertugas macam biasalah, duit hilang, budak hidung berdarah lah. pendek kata macam-macam bila jaga bebudak kecik ni kan. takpe, cikgu boleh jadi macam-macam. nurse ke doktor ke pun boleh. jangan risau ye   =)


bekal tetap dibawa setiap hari. terima kasih bik ani kesayangan sebab setiap hari masakkan yang sedap-sedap untuk anak sedara yang dah beranak satu ni. hehe





khalisah plak, kalau tak tido masa cik zira pergi sekolah dia mesti nak ikut. dah besar 4 bulan ni dah pandai nak berjalan. pantang nampak orang pakai tudung. pulak tu suka sangat nak keluar duduk kat luar. yelah kan, kesian. time ibu dia kerja mana ada nak berjalan. ha, tunggu ye sayang. kita nak balik penang, balik simpang pulai ni kita jalan je hari-hari kalau larat. amacam khalisah?






hari ni nak kena siapkan key in data LINUS untuk 1C dan 1F. punyalah stress. hari jumaat dah nak key in punya beria dah set kena siapkan hari tu jugak, sekali dah cuba banyak kali tak boleh. rupanya 27hb baru boleh key in. sakit tak hati? aduhai. jadi, hari ni misi kena siapkan. selain itu kena setel road tax insuran kereta dengan pos barang nak bawa gi penang sebab nak nek kapal tak nak bawa barang banyak. bawa satu beg je. yelah, dengan khalisah lagi berdua je. jadi barang mana nak guna pos dulu ke sana. senang.







orang penang semua, cik zira ngan khalisah nak balik penang ni. jom jumpa! hehe





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 24 mei 2013 3.45 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails