SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, May 9, 2013

makan tengah hari di black canyon restaurant



ini sambung entry semalam.


hari ahad bangun pagi pun lepak-lepak anak beranak ni. lepas tu bersiap dalam kul 12 gerak gi jusco tebrau. singgah taman daya kedai ubat beli susu khalisah. sampai terus cari makan sebab lapar. padahal cik zira baru je sarapan kat umah. 


tak tahu nak makan apa. tapi nak makan nasi. maka, masuklah black canyon restaurant sebab ada set nasi dengan lauk pauk. amek set yang harga RM 31.90. ada nasi 2 pinggan + tomyam + sayur campur + ayam hancur + telur goreng. minuman teh ais limau. total makan RM 49++.









masa ngah tunggu makanan khalisah dah ngantuk. cik zira tidokan khalisah dekat badan bila dah lena baru letak dalam stroller. maka ibu dan babah dapat makan dengan tenang setenang khalisah tido.


boleh tahanlah makan lauk macam tu. kalau amek ala carte nasi goreng tak sedap sebab pernah cuba ayam dia ayam lama. tak sedap. kalau amek set lauk macam tu boleh tahan. kenyanglah jugak sebab makan dua orang punya tu rasanya 4 orang pun boleh makan. lauk dia banyak.


lepas kenyang, masuk jusco jap tengok-tengok je. takde apa nak dibeli. belikan jco mini donut tu lepas tu terus balik. balik berehat sebab petang dah nak hantar suamiku ke airport senai.


habislah 2 hari setengah khalisah dengan babah nya. next jumpa cuti sekolah. dah selamat beli tiket kapal. pertama kali nek kapal dengan anak. harap sume ok lah sebab tak pernah lagi nek kapal sendiri. tak tahu macam mana gayanya. ni dengan anak kecil lagi. tapi takpe, kena cuba. lagipun senang, sejam dah sampai penang. tak sabar nak nek kapal dengan khalisah. nampak sangat ibu khalisah teruja lebih. hehe


babah tunggu khalisah balik hujung bulan ye babah.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 1 mei 2013 4.40 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails