SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, May 8, 2013

masa bertiga bersama



dua minggu lepas, babah khalisah balik JB. sampai dekat airport senai kul 8 malam. cik zira pergi amek suamiku. keluar rumah pun dah lewat, pergi isi minyak dulu. lepas tu keta tak boleh start plak. aduyai. kol abah minta tolong. abah pun sampai. kereta park kat esso kg melayu tu dulu. hantar abah balik lepas tu pinjam keta abah terus pergi airport senai. sampai sana kul 8 lebih. amek suamiku. nak balik plak tersesat-sesat. laki bini tak ingat jalan. sampai terus amek keta dekat esso tu. nasib baik boleh start. mungkin keta nak rehat kan sebab cik zira kan bawa gi sekolah. bawu sampai nak gi airport plak. tu yang keta jam kejap.


balik rumah borak-borak dengan keluarga sebab ramai yang ada. abah pun balik. abang ai kak june pun ada. lepas tu ibu dengan babah khalisah plak sambung borak sambil khalisah didodoi dalam buai. boraklah cik zira dengan suamiku sampai nak dekat kul 1 pagi. jumaat malam tu kitorang tak tido sama sebab rumah tengah kecah buat mozek. bilik tak cukup. ibu tido dengan khalisah., babah tido sorang. sian babah.


sabtu plak pagi berehat lah. lepas tu kul 11 lebih cik zira dah pergi kerja, ganti sekolah. tinggal babah dengan khalisah kat umah. petang balik kul 4 lebih. cik zira dah kelaparan, terus makan nasi sebab tak bawa bekal. kul 6 macam tu ajak suamiku makan kat luar sebab suamiku belum makan petang.


makanya, cik zira 3 beranak ni keluarlah. berjalan bawa khalisah. kitorang pergi plaza pelangi je. orang pun tak ramai. makan dekat sedap corner je. makan ringan-ringan.









suamiku makan penang fried kuey teow dengan air sejati. cik zira makan claypot ee mee dengan air bandung. khalisah dah ngantuk masa tu. suamiku makan cepat-cepat lepas tu tidokan khalisah. ibu makan dengan tenang sampai habis licin. hehe


habis makan terus lah balik sebab dah malam, nak maghrib. khalisah memang dah tido je lah. tapi masuk keta je dia dah bangun. nak lepaskan ngantuk je tu.


malam tu lepak borak-borak je. main dengan khalisah. pastu kul 12 malam ibu babah khalisah ni dah kelaparan. yelah makan kul 6 lebih kan. malam dah lapar balik. bawa lah khalisah gi makan tomyam. pergi makan dekat tempat kesukaan kitorang dekat kg kurnia tu. 


suamiku makan nasi goreng biasa + tomyam campur. cik zira makan bihun goreng. macam biasa, suamiku makan dulu sampai habis lepas tu amek khalisah bagi ibu plak makan. lepas makan terus balik sebab khalisah dah mengantuk. sampai umah susukan khalisah tidokan dia kejap je dah terlelap. lagipun dah nak kul 1 pagi.


habislah hari jumaat dengan sabtu tiga beranak ni. tinggal hari ahad je nak bersama sebab ahad malam tu suamiku dah balik penang semula.


hari ahad? cerita entry esok ye.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 1 mei 2013 3.06 p.m.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails