amboi tu dia khalisah, kecik baby dah naik kapatebang. tak aci tau. nak buat macam mana dah rezeki khalisah sebab ibu ngan babah kan duduk jauh-jauh. ibu JB babah plak Penang. jadi bila cuti sekolah merasalah khalisah nek kapatebang dengan ibu balik penang jumpa babah.
pertama kali cik zira bawa khalisah nek kapatebang berdua je. jadinya, barang yang nak guna di penang diposlajukan dahulu sehari sebelum terbang supaya nek kapatebang boleh bawa beg merah khalisah yang kecik tu dengan beg tangan merah je. itu sahaja. tak nak bawa banyak pun sebab dengan nak dukung khalisah lagi kan. pergi balik buat macam tu. senang.
kotak JB-PNG. kotak kecik je sebab barang bawa tak banyak.
kotak PNG-JB guna kotak poslaju je.
dah pandai bawa balik barang tak banyak. hehe
masa nak balik Penang 28 Mei tu, khalisah ok je masa dah masuk tempat boarding tu, tapi bila lama sangat tunggu kapatebang sampai dah lah delay 15 minit. nasib baik 15 menet je, kalau tidak aduhai. khalisah dah bosan dah. dia jerit sekuat hati sume dengar. malu tau ibu khalisah ni. yelah budak kecik kan. denga mengantuk nya jugak.
awal-awal boleh lagi ibu senyum
lama sikit tunggu ibu pun dah kerisauan..
dalam kapal, kapal dah gerak dia dapat tido. syukur. dah sampai airport bayan lepas tu, dia bangun lepas tu nangis-nangis. kenalah pujuk dia. sian khalisah.
balik JB pun sama. masa tunggu kapal tu dia nangis jugak. pujuk. ngantuk sebab flight kul 7.15. kul 5.30 pagi ibu dah kejutkan salin baju sume. tu yang ngantuk. lama jugak nak tidokan dia. bila dapat tido lena sampailah airport senai dalam teksi balik umah atok pun tido. sampai uma buyut je terus dia bangun.
pengalaman pertama buat cik zira. memang dah kena nek kapatebang je lepas ni. naik bas memang tak lah. lama sangat. nek kapal, sejam dah selamat sampai. kejap je.
penerbangan seterusnya bila ye khalisah? ^___*
~sekian~
k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 8 jun 2013 10.40 p.m.
No comments:
Post a Comment