SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, June 11, 2013

saat paling sedih.



sebulan lepas adalah saat paling sedih bila khalisah tak nak minum susu cik zira. hati ibu manalah tak sedih tau kalau anak dah tak nak susu. aduhai. sedih sangat bila bagi dia paling tempat lain dengan badan-badan sekali. nak nangis rasanya.


ini sume salah puting. dulu tak nak pun puting nyot nyot tu. cik zira lah. pergi bagi, bila khalisah dah suka amek nak, dah terus tak nak susu ibu. sedih tak terkata. lama jugak lah dia tak nak. malam tido tu pun sebab dia dah lapar sangat dia isap je. tapi bila pagi tak nak.


sampaikan dah putus asa ni. pergi jusco beli beg susu, bekas letak susu, termos sume sebab fikir lepas ni kalau jalan kena ada tu sume sebab dia dah tak nak susu ibu. tapi tetap doa tak putus supaya khalisah nak minum susu ibu balik. siap beli pam susu baru niat nak pam susu dalam botol kalau dia betul-betul dah tak nak susu ibu.






tapi Allah tu maha segalanya. Allah dengar doa cik zira. lepas dua minggu macam tu, alhamdulillah. masa cuti sekolah hari tu khalisah dah nak minum susu ibu balik. cik zira lah orang yang paling happy bila anak dah nak menyusu badan semula. syukur Ya Allah.





walaupun tak menyusu badan sepenuhnya, dan walaupun khalisah ni kecik kurus je dan tak bam bam macam anak orang lain, janji khalisah sihat. dan cik zira berdoa supaya dapat terus susukan khalisah sampai tempoh yang sepatutnya. Amin





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman sabtu 8 jun 2013 10.28 p.m.

1 comment:

Felis Domestica said...

Salam, dik.... kalau dah beli pam tu, selalu la pam n bekalkan susu badan untuk dia masa adik mengajar...

kalau mampu buatla mcm tu, alhamdulillah banyak manfaatnya...
susu ibu kan kuat dengan zat, baby susah sakit nanti.

selamat mencuba...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails