SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, July 31, 2013

khalisah anak ibu yang ibu sayang sangat


Betul kata orang anak ni hadiah dan anugerah Illahi
Anak ni penguat semangat
Anak ni penyejuk hati





Khalisah anak ibu
Walau apa yang terjadi dan bakal jadi
Ibu akan kuat untuk khalisah


Ibu akan jaga khalisah sehabis baik
Sebab ibu sayang khalisah sangat


Walau banyak mana pun masalah ujian dugaan yang ibu dapat
Ibu akan tetap sabar demi untuk khalisah
Bila ibu tengok khalisah automatik ibu terus kuat
Walaupun tengah nangis terus benti nangis ;)


Khalisah anak ibu
Khalisah kekuatan ibu
Khalisah kebanggaan ibu
Khalisah harta ibu
Khalisah kesayangan ibu


Khalisah kena janji ye sayang
Apa yang jadi pun tolonglah jangan tinggalkan ibu ye sayangku
Sebab khalisah nyawa ibu
Ibu hidup untukmu anakku
Kerja cari rezeki untuk besarkan mu anakku


Ibu sayang khalisah
Ingat ni sampai bila bila khalisah
Ingat!


P/S : eh last skali tu bagi warning baik punya. Mana tahu dah pandai baca nanti khalisah faham dan takut ibu warning siap siap. Haha!

Tuesday, July 30, 2013

cucu ke satu


Atok kalau jumpa khalisah suka sangat main ngan cucu kesayangan dia. Yelah, cucu baru satu. Memang manjalah khalisah pun dengan atok dia. Atok pun rajin melayan.







Kalau atok balik uma buyut kat jb mesti cari khalisah dulu nak tengok cucu pertama dia. Biasalah kan. Memang cucu pertama ada untung sket. Sume orang sayang.. :)


Kat belah penang khalisah ke lima belas. Jadi kasi can la kat femly sendiri sebab khalisah cucu pertama cicit kedua.

Monday, July 29, 2013

kena saling kuat dan jangan berhenti berdoa


Assalamualaikum
Pagi ni cuma nak kongsi cerita masa suamiku sakit accident masuk spital hari tu. Kesian tengok dia menanggung sakit. Kaki tu memang teruk la. Jari satu putus sket. Pastu tapak kaki terbelah dua. Peha tulang tu patah empat. Kira macam hancur gakla tulang tu. Cik zira nampak tulang tu terkeluar. Sian. Mesti sakit sangat.






Bila suamiku dah sakit macam tu sebagai isteri cik zira kenalah bagi kekuatan untuk dia tahan sakit tu. Yelah awal tu kena masuk gh dulu tu yang x watpe lagi kat kaki yang sakit teruk. Sekadar guna pain killer sahaja. Meronta jugaklah tahan sakit. Tapi setiap kali sakit setiap kali tu lah cik zira doa dan bagi semangat kat suamiku.





Dua kali operation. Satu buat tapak kaki jahit balik dan letak besi nak ampu jari jari kaki yang patah. Lepas tu tuka private hospital malam tu jugak bedah masuk besi panjang dekat peha. Syukur semua selamat. Kuat semangat jugak suamiku. Cuma masa bius da habis tu mengerang sakit. Suh dia saba banyak dan zikir banyak.


Alhamdulillah.  Sekarang da boleh jalan pakai tongkat pelan pelan. Cuma kadang sakit jugak kat kaki tu. Makan ubat tahan sakit bagi reda sket.


Cik zira dah habis crk tujuh hari yang jarang cik zira amek. Sekarang amek cuti separuh gaji duk penang ni jaga suamiku dengan khalisah.  Bisnes pun terhenti sementara. Em.. Harap suamiku nampaklah apa yang isteri dia dah buat untuk dia. Cuma nak dia tahu kalau jadi benda sama kat cik zira sudilah dia berkorban jugak.


Dia kena faham cik zira tak keje takde gaji sebab cik zira keje dengan kerajaan. Dia tak keje pun xpe sebab keje dengan ayah sendiri. bukan apa sebab cik zira berdikari tak bergantung duit dengan suamiku. Jadi mungkin orang akan faham situasi cik zira.. ;)

Sunday, July 28, 2013

gaya tido khalisah #18


Ni kejadian yang berlaku pada satu pagi lepas sahur. Orang bangun sahur khalisah pun nak bangun sama. Pastu nak tido balik punyalah amek masa lama.





Akhirnya lepas puas main terus tertido dengan menan masih di tangan. Anak-anak..

Saturday, July 27, 2013

sushi jusco kegemaranku


Tak tahulah kenapa tapi cik zira sangat suka makan sushi. Tak pernah lagi makan kat mana mana restoran jepun untuk makan sushi sebab tak pandai dan takde geng. Hehe. Jadi makan yang dah siap pack yang jusco punya pun dah cukup puas bagi cik zira.





Selalu amek set banyak yang rm18.88 tu. Puas hati sebab makan sorang kan. Banyak tu memang cik zira boleh habiskan sorang lagi lagi kalau ngah lapar. Cicah dengan sos cili. Sedap!


Jadi tak heranlah kalau sesape perasan yang cik zira memang banyak kali wat entry sushi jusco ni. Kalau teringin memang akan beli. Dan baru baru ni masa chenta hati 2 datang penang nak melawat suamiku dia belanja sushi ni sebab dia gi queensbay. Merasalah makan sushi setelah lama x makan.


Terima kasih yap belanja akak merahmu ni sushi jusco!

Friday, July 26, 2013

muka letih ibu dan khalisah


Muka ibu letih ulang alik spital jaga babah. Muka khalisah plak letih plus sedih x dapat mandi swimming pool tapi dapat tengok abang aiman je mandi pool.





Takpe ye anak. T dah besar sikit ibu belikan pelampung ngan swimming suit comel awak mandi dengan babah k. Tunggu kaki babah baik dulu. Ajak babah jalan k. InsyaAllah.

Thursday, July 25, 2013

bila sedara sendiri datang melawat


Happy bila family sendiri datang penang melawat suamiku yang sakit. Abah mama ngan ina dari simpang pulai datang. Chenta hati 2 dari lumut pun datang. Abah pun sebenarnya masa hari suamiku accident tu dah datang penang. Tengok sekejap je pastu terus balik. Tolong tengokkan menantu. Cik zira sampai malam jadi abah wakil tengokkan dulu.






Bik sah ngan bik hanifa dari kl pun datang. Paling best tokbik khalisah dari jb pun datang jugak.  Abang ai dengan kak june bawa tokbik sampai sini. Chenta hati 1 pun ikut skali. Best sangat sebab dapat satu malam luangkan masa dengan femly. Khalisah pun happy.







Bila femly sendiri datang melawat rasa tu happy. Yelah, cik zira tahu femly cik zira selalu bagi support bila ada yang dalam kesusahan. Tapi yang x best bila semua pun dah balik. Walaupun sehari je dapat luangkan masa bersama tetap memberi makna terutama bila chenta-chenta hati pun ada sama bagi sokongan kat akak merah dorang ni.







Sebab tu raya nak balik JB jugak. X kira!!

Wednesday, July 24, 2013

tak tido ngan anak


Dari khalisah lahir januari lepas, khalisah tak pernah tak tido ngan cik zira ibu dia. Setiap malam khalisah lah yang ada temankan cik zira tido kat sebelah. Tido awal ke lambat ke tetap ada anak temankan tido.




Tapi, buat pertama kali selama 6 bulan tido bersama cik zira terpaksa tinggalkan khalisah untuk jaga suami di hospital. Berat sangat hati nak biarkan khalisah tido dengan orang lain. Tapi nak buat macam mana. Kena jugak sebab babah khalisah sakit.





Malam memang khalisah susu badan. Tu yang risau nak tinggalkan dia. Tapi Alhamdulillah.  Khalisah memang anak ibu yang baik. Makcik hantar gamba khalisah bangun sahur kat rumah. Bila khalisah kena tinggal kat uma, makcik2 khalisah rajin hantar gamba khalisah kat cik zira. Rindu sangat kat anak. Bila tengok gamba anak rasa nak balik time tu jugak peluk cium khalisah. Tapi apakan daya.


Syukur khalisah macam faham apa yang jadi. Dia jadi budak baik je duduk kat rumah kena tinggal. Balik je mesti cari anak dulu.  Rindu bukan main tau kat anak. Paling lama tinggal kan khalisah 16 jam duk hospital.


Khalisah. Ibu sayang khalisah sangat. Ibu tak sanggup nak tinggalkan khalisah lama-lama. Tapi ibu terpaksa. Ni babah dah balik rumah ibu tak tinggal khalisah dah k.


Tuesday, July 23, 2013

khalisah melawat babah kat spital


Babah khalisah sakit duk spital. Jadi setiap hari pun kalau boleh khalisah nak datang tengok babah dia. Yelah kan sekurang-kurangnya bila babah tengok khalisah senyum babah jadi makin kuat.


Sekarang bila babah da ok sket da boleh nek tongkat jalan pelan-pelan khalisah duk umah je. Khalisah doa kat uma supaya babah cepat sihat dan boleh balik uma cecepat.







Sian kat ibu sebab balik uma jaga khalisah. Gi spital jaga babah. Ibu cakap ibu sayang dedua. Sebab tu dedua pun kena jaga bebaik.


Semoga ibu diberikan kesihatan yang baik untuk jaga khalisah dan babah. Amin

Monday, July 22, 2013

dugaan bulan puasa

Assalamualaikum
Mungkin lepas ni tiada satu entry setiap hari memandangkan cik zira tak bawa laptop ke penang. Kepada sesiapa yang follow instagram cik zira : hazirah27 mesti dah tahu apa yang dah jadi kan. Terima kasih sangat buat yang mendoakan.


Suamiku kemalangan isnin lepas. Da cukup seminggu cik zira bercuti di penang jaga suamiku yang masih di hospital. Kemalangan teruk. Kaki kanan teruk. Tapi Alhamdulillah semakin pulih. Dua operation dah dijalankan. Sekarang buat fisioterapi dan belajar jalan pakai tongkat.


Ni pun update guna phone je. Tak syok sangat. Takpe, cik zira akan cuba jugak update blog kalau ada masa ye. Insya Allah.


Ok. Jap lagi maghrib nak berbuka. Selamat berbuka ye. Malam cik zira ke hospital jaga suamiku di sana. Sahur makan apa yang ada.


Raya kat mana? Em.. harap sgt dapat raya kat jb ngan femly :(



Sunday, July 21, 2013

gaya tido khalisah #17


okeh, sekarang ni khalisah kalau nak tido mesti nak kena ada bantal peluk.











ololoh sayang ibu ni, comel sangat!





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 12 julai 2013 5.00 a.m.

Saturday, July 20, 2013

3 gamba 3 makanan 3 cerita


Assalamualaikum
macam biasa k, macam biasa. entry kat blog cik zira kalau hari sabtu memang untuk tepek gamba makanan. walaupun bulan puasa. kot lah jadi idea kat ibu-ibu nak masak apa kan untuk berbuka nanti. tapi janganlah ditenung lama-lama gamba makanan ni ye. iman kan kena kuat. ala setakat gamba je pun kan kan


ok jom


 ini steak kak nor buat masa gi house warming uma baru kak nor
sedap! homemade katakan. licin cik zira makan

 nasi ayam bik ani memang sangat best! 
lunch seminggu sebelum puasa hari tu

 sambal petai bik ani terbaik! 
order untuk potluck kat sekolah sebelum puasa

gambar tambahan
 lauk pauk juadah potluck dekat sekolah sebelum puasa hari tu



best kan makan. makan itu nikmat Allah bagi. jadi, makanlah selagi boleh makan. cuma jangan terlebih sangat makan. orang suka makan macam cik zira ni je yang tahu betapa bestnya dapat makan sume yang nak makan. ^___^





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 12 julai 2013 4.55 a.m.

Friday, July 19, 2013

hari terbuka



bulan lepas sekolah cik zira buat hari terbuka. buat hari jumaat amek cuti peristiwa. datang pagi balik tengah hari. anak-anak kelas 3D cik zira ada 35 orang. ibu bapa yang tak datang 5 orang je. len sume datang. awal tu kul 7.30 memanglah menunggu je takde sape lagi. sekali dah datang dari kul 8 sampai kul 12 tengah bercakap tak berhenti. yelah, mana ada masa rehat. ibu bapa datang takkan nak suruh tunggu plak kan. tak sedar masa berjalan alih-alih tengok jam dah kul 12 lebih. terus kemas turun gi bilik guru.







jadi cikgu kan. masa hari terbuka macam nilah nak jumpa ibu bapa, kenal dengan penjaga anak murid dan berkongsi apa masalah yang ada. bagi tahu ibu bapa macam mana anak dorang kat sekolah biar ibu bapa tahu. anak ni kadang kat rumah lain, kat sekolah lain. ada kat rumah jenis bercakap tak benti tapi kat sekolah senyap 1000 bahasa. ada plak kat rumah senyap tak banyak cakap, tapi kat sekolah uisyh, petah yang amat.


tapi payah sket untuk kitorang cikgu yang KSSR ni, mana ada periksa. ada pun instrumen band band tu. terang kat parents ramai tak faham. nasib baik kelas cik zira kelas tengah jadi parents sume tak banyak soal tak banyak cakap sangat sebab tak faham KSSR ni. cuba kalau kelas depan, amek, banyak kena soal itu ini. kita sebagai cikgu tahu macam mana tahap ibu bapa dan tahap anak-anak bila adanya hari terbuka macam ni. ^__^





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 12 julai 2013 4.48 a.m.

Thursday, July 18, 2013

Syria Amna Cotton Piping


Jom tengok plak SYRIA AMNA cotton piping. kain cotton lembut dan saiz M menutup dada. ada syria terbaru di REDshop tau.





HARGA RM 35. 2 helai RM 60 sahaja. KLIK pada GAMBAR untuk terus tengok lebih banyak pilihan ye.


terima kasih





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 14 julai 2013 7.42 a.m.

kenduri di pasir gudang


lama betul baru nak cerita pasal gi kenduri kak ti, penyelia petang lama kat SKTC. sekarang dah jadi guru besar dah. suami kak ti cik zainal tu kawan abah. abah tak dapat datang, cik zira wakilkan abah sekali. anak perempuan kak ti kahwin.






cik zira gi dengan bik ani bawa si comel khalisah sekali. pergi pun da petang. cik zira pakai tema coklat. chiffon wide shawl coklat yang best ada jual dekat REDshop, lepas tu pakai chiffon kimono cardi corak warna coklat dan kain labuh hitam.








masa sampai tu jumpa kak lah dan si kembarnya. apa lagi, bergambar lah 2 snap. hehe. kak lah pun send kan gamba kat whatsapp. adalah jugak gamba buat kenangan.


khalisah tu rambut dah macam boboy plak. hehe.





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 12 julai 2013 4.25 a.m.

Wednesday, July 17, 2013

Syria Azra


jom tengok koleksi syria baru di REDshop.


Syria Azra material net dan chiffon.





RM 30 sehelai. 2 helai RM 50 sahaja. klik dekat gambar ye.


terima kasih





~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman ahad 14 julai 2013 7.40 a.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails