SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, May 4, 2014

nak senang bukan senang


Assalamualaikum.
hari hari pun sibuk. weekdays mengajar kat skola. weekend meniaga kat bazar. baru balik kursus seminggu. seminggu lah tak ke sekolah. berkursus. banyak jugak manfaat yang dapat. sampaikan ada cikgu cikgu kat kursus tu heran macam mana cik zira bahagikan masa dengan kerja cikgu yang melambak dengan meniaga.

zaman sekarang, kalau suami sahaja bekerja memang agak cukup makan je kot. melainkan suami tu ada duit juta juta. cik zira meniaga memang dari zaman belajar. memang minat. cikgu ni nombor satu. sama sama nak bagi jalan. kerja cikgu di sekolah semua cik zira bereskan. tak pernah lupa. kadang bila meniaga siap bawa kerja cikgu nak siapkan kalau tak sempat siapkan kat sekolah. sampai macam tu sekali kan. yelah, cik zira tanak lah nanti sibuk meniaga tapi kerja hakiki terabai. cik zira tanak macam tu. Allah dah bagi cik zira jadi cikgu pun cik zira syukur sesangat.

macam mana cik zira boleh bahagikan masa ea. jawapan nya mudah je. meniaga ni sampingan. nak cari duit lebih. bukan cakap gaji tak cukup. cukup je alhamdulillah. cumanya, nak kan duit lebih untuk meniaga kenalah cari duit melalui meniaga jugak.syukur suamiku sentiasa beri sokongan walaupun dari jauh. selalu minta suamiku doakan setiap kali nak keluar meniaga mencari rezeki.

online REDshop tetap berjalan seperti biasa. cumanya rajin meniaga kat bazar dan boleh kata setiap hujung minggu dekat bazar meniaga. takde hari rehat kecuali hari ganti sekolah. itupun sehari je cuti hari jumaat. setiap hari bekerja. badan nak kena kuat. nak kena banyak sabar sebab meniaga ni tak selalunya dapat banyak. jadi kalau dapat sikit pun kena bersyukur sebab setakat itu yang Allah nak bagi.

terima kasih sangat kat bik ani dan atok dan yang lain lain ada kat rumah ni sebab tolong jagakan khalisah masa cik zira meniaga. kadang bawa jugak khalisah kat tempat niaga kalau dekat jb. ada rezeki lebih lebihla cik zira bagi kat bik ani sebab dah banyak tolong jagakan khalisah. tokbik ni dah macam mak khalisah jugak. khalisah boleh tido dengan ibu ngan tokbik je. orang lain macam susah jugak nak bagi khalisah tido kecuali ngantuk sangat sangat.

tunggulah dah senang sikit nanti. boleh rehat rehat bercuti ke kan. sekarang mana ada peluang cik zira akan manfaatkan. bukan apa. ini sume untuk simpanan masa hadapan. cik zira kerja keras untuk keluarga jugak. zaman sekarang kalau duduk diam tak buat apa memang rugi. jadi kena rajin cari rezeki.

ini yang cik zira nak kongsi pagi pagi ahad ni. jap lagi nak pergi sekolah setelah seminggu tak berjumpa dengan anak anak sekolah tu. sebelum gi skolah pos dulu barang customer. alhamdulillah rezeki online masih ada.

start puasa sunat balik sebab masa kursus tak puasa sebab ada makan. puasa hari hari kecuali cuti je. tak lama je lagi nak puasa ramadhan. tak sabar. jom sama sama puasa k. amalan lain pun sama sama kita buat. bukan kejar rezeki meniaga je. kejar pahala Allah pun sama cik zira nak. mudah mudahan apa yang cik zira buat semua Allah berkati. Amin Amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails