SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, May 19, 2014

kembali ke sekolah


semalam iaitu hari ahad bersamaan 18 Mei 2014, sekolah cik zira SK Taman Cendana membuat sambutan Hari Guru peringkat sekolah. bermula seawal 7.40 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari. ini rupanya pertama kali sekolah cik zira ni mengadakan tema khas untuk hari guru. temanya ialah Kembali Ke Sekolah. semua cikgu kena pakai baju sekolah. Alhamdulillah sebagai salah seorang AJK tertinggi kelab guru tahun ni rasa bangga pulak bila tengok semua cikgu mengikut tema. semua cikgu jadi comel sangat dengan baju sekolah masing masing. masa bergambar ramai ramai tu havoc. hehe











ramai yang cari baju sekolah lama. yang old school tu. tapi cik zira pakai baju sekolah indon. hehe. skirt tartan tu beli sehari sebelum dekat bazar tempat meniaga. kasut converse merah beli sebab nak sama dengan khalisah. kemeja putih blazer ngan tudung semua dah ada. oh. bow merah tu beli jugak.





majlis bermula dengan yang formal dulu. ucapan perasmian persembahan. kemudian ada acara explorace dan gubahan. selesai acara permainan acara pertukaran dan penyampaian hadiah dan jamuan. petang sambung perlawanan boling plak.

seronok. setahun sekali. kurang dapat hadiah tapi masih dapat cumanya memang da pesan awal awal teacher nak pen dengan marker pen je tau. lain taknak. boleh kan macam tu?

cik zira sayang keje ni. suka. minat. jadi nak buat betul betul supaya Allah berkat. In Shaa Allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails