SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, May 26, 2014

penantian selama dua bulan bakal berakhir


kali terakhir haritu bertemu tiga beranak ini ialah pada cuti sekolah mac yang lalu. dah nak masuk dua bulan sedar tak sedar tidak berjumpa ibu dan khalisah dengan babah. babah di penang pun tidak balik ke jb sebab babah sibuk, ibu pun sibuk. masing-masing berkorban untuk mencari rezeki yang lebih bukan untuk siapa siapa tapi untuk khalisah jugak. maklumlah anak baru ada satu memanglah apa apa pun untuk khalisah.

harini hari akhir persekolahan untuk penggal yang pertama. syukur. segala kerja sekolah pun dah berjaya dibereskan sebabnya nak isi masa cuti selama 20 hari ini dengan sebaiknya. tanak fikir pasal sekolah sebab otak dah penat dengan sekolah. dah penat sangat badan ni rasanya. berehat sekejap dari sekolah. nak luangkan masa dengan baik bersama suamiku dan khalisah. In Sha Allah.

ni pun tadi baru lepas selesai print keputusan periksa budak budak. selebihnya nak print dekat sekolah naik cuti nanti sebab banyak sangat yang nak diprint. khalisah dah tido. ibu boleh siapkan mana mana kerja yang patut.

esok hari sibuk. mana nak packing barang masuk beg. mana nak cuci kereta, setelkan masuk duit dalam bank itu dan ini. pergi amek barang di kedai, pos barang dan sebagainya. semuanya nak dibereskan dalam satu hari sebelum terbang pulang ke penang pagi rabu nanti. khalisah dah dua bulan tak balik kampung penang ni. orang orang penang dah rindu khalisah. eceh!

cuma risau. risau nak tinggalkan khalisah selama 8 hari. adoi. ini sebabnya nak bercuti dan sambil urusan kerja. tak pernah berpisah jauh dengan khalisah. dari dia lahir sampailah sekarang memang tak pernah jauh dengan anak. bila bagi tahu suamiku kena marah nanti. suamiku cakap kang anak rilek jek ibu dia yang demam rindu kenangkan anak jauh sume keje tak jadi. jadinya, diam jelah. risau sangat. dahla khalisah tak biasa duduk kat penang sebab jarang jarang balik kan. tapi doa banyak. doa supaya perjalanan dan urusan ibu dan babah selamat. dan doa banyak khalisah dapat duduk dengan baik dan sesuaikan diri di penang selama 8 hari selama mana ibu takde. amin Ya Allah.

bestnya taip panjang panjang. rindu nak aktif berblog macam dulu-dulu. rajinnya sampai sehari tiga entry tiga cerita keluar. lepas tu dah sibuk sehari sekali update blog. sekarang ni sangat sangat takde masa nak bercerita panjang lebar di blog Merah ni. alahai. masa oh masa. kembalikan kerajinan cik zira nak bercerita semula. banyak je kan sebenarnya cerita nak dikongsikan. tapi tula. nak cakap panjang pun memang terpaksa lah senang cakap tidak ada masa nak buka blog ni. kasihan kamu wahai blog.

baiklah. nak makan. lapo. dah kenyang baru boleh tido. sekarang pukul 10.30 malam. makan dulu baru tido. esok banyak urusan nak kena siapkan. angkut khalisah sekali siapkan sume keje di luar. dia memang suka je kalau dapat berjalan. tak tahu tu lagi dua hari nak kena tinggal dengan ibu =(

selamat bercuti buat yang bercuti terutama cikgu cikgu. nanti naik sekolah dah banyak kerja balik. rehat puas puas k bersama keluarga dan insan tersayang.

gambar khalisah sekadar gambar penyeri entry ini :)


Assalamualaikum.

1 comment:

suezen said...

kalisha dh besar:)....selamat bercuti zira:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails