SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, June 9, 2014

8 hari tau. lama sangat

Assalamualaikum.
Cik zira nak berkongsi satu cerita yang cik zira alami sendiri baru baru ni. Cik zira dan suamiku pergi ke guangzhou china dari 29 mei sampailah 5 jun. 6 jun dah balik penang dari kl.

Ini pertama kali cik zira tinggalkan khalisah langsung tak jumpa selama 8 hari. Lama tau. Bukan sehari dua. Tapi 8 hari tu. Rindu sangat sangat tau. Khalisah tinggal di penang. Setiap hari makcik makcik khalisah hantar gamba khalisah kat ibu. Setiap hari ibu tengok gamba khalisah yang jauh nun di penang. Nak video kol babah tak kasi takut khalisah nangis.


Hari hari tengok gamba khalisah


Awal tu katanya khalisah memang cari. Nangis pangil bubu bubu. Hari pertama pun bengkak susu sangat sangat. Mesti khalisah nak susu sangat sangat. Perah susu sedih sebab buang macam tu je. Sian khalisah.

Walaupun bersopin dan mencari barang untuk meniaga kat gz tu. Hati sume asek teringatkan anak je. Rasa macam lama sangat kat china tu bilala nak balik jumpa khalisah.

Masa dah sampai klia tu rasa makin tak sabar nak sampai penang. Sampai je penang, nampak khalisah dari jauh terus rasa happy sangat sangat. Terus peluk cium khalisah banyak kali. Khalisah plak macam blur blur je tengok ibu dia. Lama sangat tak jumpa.

Ni sejak balik china ni langsung x mahu berenggang dengan ibu. Dah tanak kat semua orang. Nak berkepit je dengan ibu. Takut kot ibu tinggal dia lagi.

Rasa dah tanak dan tak sanggup nak tinggal anak jauh lagi macam ni. Kecuali kalau terpaksa sangat sangat. Rindu anak hoi. Hanya mak mak je yang faham perasaan rindu tu macam mana. Seksa benau.

Ni sekarang masih di penang. 14.6 ni baru balik jb sebab esoknya dah keje. Baki cuti yang ada ni nak habiskan masa sepenuhnya dengan suamiku. Khalisah pun walaupun taknak dengan babah sangat tapi bila babah bawa jalan dia suka aje.

Apa yang cik zira buat kat gz tu nanti ada masa lain cik zira update k. Serius seronok duduk dekat syurga borong dunia tu. Macam macam ada dan sangat sangat murah tau. Nanti cik zira cerita ye.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails