SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, June 12, 2014

apa yang best makan kat guangzhou


Betul lah kan kata orang hujan emas di negera orang hujan batu di negara sendiri. Baru cik zira rasa bila ada dekat guangzhou selama hampir 8 hari. Terutamanya bab makan. Aduh. Dahla cik zira dan suamiku memang kaki makan. Kalau kat penang ni cakap je nak makan apa senang je dapat. Tapi sedih kat gz nak makan kena pergi cari. Susah nak dapat makanan halal merata tempat. Ada tempat yang kitorang nak pergi takde restoran chinese muslim yang halal. Jadi kena pergi jauh nak makan.

Kat sana kiranya malam kitorang selalu ke xiobei atau terkenal dengan african market. Sebab kat situ ada restoran halal. Lepas tu sangat suka dengan ayam golek nya. Ya Allah serius cakap sangat sangat sedap. X sama langsung dengan ayam golek kat Malaysia. Ayam golek tu je yang diakui sedap. Sampai sekarang terbayang. Masa kat sana kalau boleh setiap malam nak dinner ayam tu sanggup tau jauh sket semata nak makan ayam golek sedap tu. Seekor kecik tu makan berdua dengan suamiku. 25 yuen. Duit kita dalam belas belas macam tu.



Pertama kali sampai gz dan makan. Terkejut. Sebab portion sangat besar. Sepinggan nasi tu hamek ko besar dan sangat banyak. Penuh nasi. Kalau perut jenis kecik makan sket boleh kongsi sampai empat orang tau. Serius banyak. Orang dorang memang makan jenis banyak cam tu boleh habis. Mee pun sama.





Kat sana kan memang terkenal dengan mee tarik. Dan rasanya semua restoran halal kat gz tu menunya lebih kurang sama je. Jadi cuba mana yang nak rasa. Awal tu memang makan share dengan suamiku. Masuk hari kedua dan seterusnya dah boleh makan sorang sepinggan. Nampak tak perut kitorang beso dah boleh makan sepinggan sama macam orang sana makan. Memang kenyang amat!






Ada satu hari tu kitorang cuba kuey teow dan mee dekat satu uncle depan masjid. Senang je dia buat sebab takyah masak pape. Cuma letak sos sos nya pastu gaul. Makan kat situ guna plastik ngan polistren. Dia aja macam mana nak makan. Guna chopstik tau. Alih alih cik zira dan suamiku pandai makan mee guna chopstik. Mee situ murah. 7 yuen.

Kalau makan dekat restoran halal tu harga boleh tahan mahal tapi bila mikirkan portiob besar kira oklah tu. Paling murah sepinggan 12 yuen duit kt rm7 macam tu. Selalu makan yang harga 17-18 yuen. Amek sedap sket. Hehe

Balik je malaysia sume benda pun nak makan sebab tak dapat makan masa dekat gz haritu. Tapi sampai sekarang paling ingat ayam golek tu. Perapan ngan rangup pedas dia tu alahai. Bila lagi nak ke sana kan. In Sha Allah kalau ada rezeki lagi. Amin

Cik zira kalau cerita bab makan memang suka sangatla. Hantu makan..berat pun makin lama makin naik. Aduhai. Takpelah. Janji perut kenyang hati senang. Boleh gitu? ;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails