SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, June 28, 2015

kasut bata untuk khalisah


dah lama tak belikan kasut baru untuk khalisah. sekarang kan kaki cepat membeso. sekarang gi mana pun khalisah memang sarung kasut crocs je ibu belikan disember tahun lepas. tu pun nasib memang belikan yang beso dia boleh pakai lama. crocs senang selesa pakai nak melasak pun.

baru ni misi beli baju dan kasut untuk raya. beli sket je buat buat tambah sebab baju baju yang ada pun boleh pakai lagi. lagipun tahun ni raya penang tak berjalan mana pun. kalau raya JB hari raya kedua ketiga berkonvoi raya. babah khalisah raya kedua pun dah kerja. tinggal lah ibu dan khalisah je berdua raya sama sama dalam rumah. hehe

masa gi parkson gurney tu cari kasut untuk khalisah tapi tak banyak pilihan. ada pun larrie tapi takde saiz khalisah.

last last suamiku bawa gi bata yang lama sekali dekat penang tu. dalam gurney bata dah tutup. best sebab ada offer. khalisah pilih sendiri. siap try try jalan jalan lagi dalam kedai. dah macam anak dara sangat dah anak ibu ni.



harga sepasang kasut rm46. tapi kalau beli dua RM58. apa lagi memang ibu belikan dua pasang terus lah untuk khalisah. boleh tuka tuka pakai.

kasut kat bata pun tak kurang hebat jugak. selesa dan harga berpatutan. sape belum beli lagi kasut untuk anak anak, bolehlah tengok di bata ye kot ada berkenan.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails