SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, August 26, 2015

menu berlauk : daging goreng kunyit senang sangat nak masak


lama rasa tak post pasal lauk cik zira masak kan.

aduhai. lauk lauk cik zira masak sume senang senang je. sume pakai cecampak je. google resipi pun nanti buat cara sendiri supaya dalam masa kurang dari setengah jam boleh siap masak nasi dan siap dua lauk. tak perlu masak berjam jam sangat sebab makannya bertiga je. hehe

kalini, cik zira nak share resipi DAGING GORENG KUNYIT. ini untuk makan dua orang tau.



BAHAN:
daging
bawang besar potong bulat, bawang holland lagi baik kalau ada
lada merah hiris
carrot, kalau ada kacang panjang pun ok tu yang selalu guna kat kedai tomyam kan
serbuk kunyit
garam

CARA-CARA:
1. daging dipotong kecil kecil ikutla saiz macam mana suka
2. rebuskan daging agak sampai empuk tak liat sakit gigi nak gigit
3. angkat toskan daging. lepastu sapu serbuk kunyit dan garam kat daging. cik zira selalu kalau bab nak menggoreng masukkan dalam mangkuk kecik lepastu goncang bagi sebati. lagi senang dari guna tangan.
4. goreng daging lepastu tos asingkan.
5. masukkan sket minyak dalam kuali. tumiskan bawang dengan lada merah.
6. masukkan daging yang dah goreng tadi. kacau. lepastu masukkan carrot. kacau sebati.
7. garam tak perlu dah. sebab tadi goreng daging letak garam secukup rasa.
8. siap. cik zira buat goreng kering. kalau nak berkuah leh letak air sket dan google kata ada yang letak asam keping. so terpulang.

makan dengan nasi putih je lauk daging goreng kunyit ni licin pinggan.

selamat memasak cik puan semua!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails