SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, September 9, 2015

Azam Tekad, Jangan Mengalah!


fuh, kalau tengokkan tajuk macam nak buat entry apala kan.

takde apa pun. cuma nak share je cara cik zira buat supaya dapat kawal berat badan dan kawal nafsu makan melampau tu. entry sebelum ni cik zira ada cerita kan berat cik zira naik melampau 7-8KG lepas duduk pindah penang dengan suamiku. dari 54-55kg naik sampai ke 62-63kg sebelum puasa haritu.

habis mana tidaknya. bangun lepas subuh lapo, sarapan. kang kul 10 dah siap masak lunch makan sebelum gi sekolah. kat sekolah bawa bekal makan lagi nasi. balik sekolah lapa makan lagi nasi atau makanan berat lain. malam kang kalau lapa sebelum tido makan lagi suamiku tapau pape ke. kadang sampai 4-5 kali makan sehari. kalau cuti lagila berjalan keluar makan je kejenya.

bila timbang berat dah nak dekat 63kg pun memanglah risau tapi kesedaran tu takde. melantak jugak macam biasa. lapo je terus cari makan, makan. makan pun bukan jenis makan sket beno. makan penuh pinggan. portion untuk dua orang makan pun cik zira boleh habiskan dengan jayanya. sape kenal cik zira tahulah macam mana banyaknya cik zira makan. pendek kata, cik zira ni kalau bawa makan bufet memang berbaloi baloi. tak membazir. hehe

tapi, sebab telah ditegur oleh adik adik ku yang laki laki itu, terus menusuk kalbu bila dorang cakap hakak ni dah gemok!! wah!! terus tekad!

cik zira ni dulu pun pernah gemok belon time belajar, orang len sume cakap gemok cik zira tak kisah pun. tapi bila dua dua adik laki tu tegur memang gemok terus tekad. siap masuk slimming centre bayar nak dekat 4 ribu kot. tapi bazir pergi 2-3 session je lepastu tanak sebab perit. asek rasa nak pengsan je. bazir je duit macam tu. bayangkan time belajar tekad tu gi habiskan duit bayar slimming centre.

dek kerana slimming centre burn duit macam tu dah tanak pergi, cik zira diet sendiri. memang makan sangat dijaga dan dibantu dengan pil herba dunia herbs. ni sume cik zira pernah share dulu. gamba gedembom sampai dah slim pun pernah share. tapi tanak lah share sini. tu zaman dulu.

tapi, kalini cik zira tak diet ekstrim sangat bab makan macam zaman anak dara dulu nasi langsung tak makan selama setahun. kalini apa yang cik zira buat ialah :

1. MAKAN NASI SEKALI SEHARI. nasi pun takdelah sikit sangat. cuma takdelah sebanyak sepenuh pinggan macam selalu makan. dan takdelah sampai 3-4 kali makan nasi sehari. lauk pun makan je macam biasa cuma kurangkan kuantiti. ayam pe sume tu makan je jugak.

2. MINUM AIR MASAK SAHAJA. segala air sejuk ais sume tolak tepi. padahal cik zira ni tak suka air masak. sehari nak dapat segelas pun payah. selalu minum air manis, air sejuk, air ais.

3. MAKAN ROTI KALAU LAPA.  cik zira akan makan gardenia hijau whole grain tu. bakar roti makan dengan nutella dan daisy butter. bagilah ada rasa jugak roti tu. ni terutama kalau lapa sangat masa malam. sebab dah biasa makan malam kan. kalau boleh tahan tahan je lapa. kalau tak tahan sangat makan roti bakar ni.

4. BERSENAM. kalau ada masa cik zira akan bawa khalisah ke taman. suamiku siap belikan beskal lipat tinggal je dalam kereta kat seat belakang. ada masa gi taman kayuh beskal. kadang joging 30 minit depan tv bagi keluar peluh. kadang tak buat pun takde masa dengan MALAS. hehe

5. ELAK MAKAN MALAM. macam point nombor 3 tadi. kalau dah lapa sangat makan roti bakar. tapi cuba makan last sebelum kul 7 macam tu.

6. CLENXTEA. cik zira beli dekat guardian. time tu ada promosi dalam bekas bulat. 60 uncang rm53 tak silap. murah lah dari beli yang kecik kecik tu. pahit. minum tanpa gula. memang lambat sket lah nak habiskan secawan clenxtea ni sebab takde rasa kan. rasa pahit je. ni untuk detox. pagi je buang bagi lawas.

7. AZAM TEKAD, JANGAN MENGALAH. macam tajuk entry ni. kena kuat! cik zira ni manusia Allah jadikan suka dengan makanan. sangat suka makan. makan banyak. tapi kena sedar diri, bukan jenis makan kurus slim je. makan banyak mestilah gemok kan. jadi, kuatkan semangat. kena berazam. kena tekad. jangan putus asa, jangan mengalah. walau apa orang kata. eh diet ke. ala apa diet diet ni sume. pekakkan je telinga. badan sendiri, kita sendiri yang kena jaga.

ni antara apa yang cik zira boleh kongsikan. cik zira nak naik badan memang senang sangat. tapi nak turun tu Ya Allah, seksanya. lagilah sekarang bukan diet ekstrim masa zaman anak dara dulu. dulu pun diet bebetul, dalam masa setahun baru nampak perubahan ketara sampai orang tak kenal dari belakang. tu pun turun tak banyak dalam 12 kg macam tu je. tapi memang nampak dari saiz L boleh ke saiz S.

sekarang pun dari 63kg baru turun ke 58.1kg. duk maintainlah macam ni je berat bila naik penimbang. tak tahulah penimbang salah ke apa. berat memang tak turun duk macam tu jugak. tapi cik zira dapat rasa badan macam ringan sketlah.

masa gemok haritu cik zira ada beli dress dari leeyanarahman.co. masa tu pakai susah sendat ketat. sedih sangat. lepas dah start diet dua minggu try pakai dah boleh masuk senang dan tak ketat. kira dress tu KPI cik zira lah untuk teruskan diet jaga makan semua. kalau pakai ketat maknanya naik balik berat tu.

bestkan kalau jadi orang yang makan lah banyak mana pun tapi maintain je badan slim tak gemok. kalaulah cik zira macam tu, bahagia sangat rasa. tapi malangnya cik zira tidak begitu. makan banyak banyak mesti gemok punya. jadi kena beringatlah sebelum membelon balik macam dulu dulu.

panjang plak entry hari rabu ni kan. terima kasih yang sudi membaca. kotlah kalau berat turun jadi 57kg ke kan. tapi macam susah je sebab dah seminggu duk 58.1kg je kat timbang tu. hehe

1 comment:

cik chinta said...

hahaha..zira pon da susah hati. hihihi...chaiyok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails