SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, December 4, 2016

cuti dan masak

Dapo dah lama tak berasap. Mood takde. Tapi oleh kerana cuti sekolah dah bermula dan setakat ni tidak ke mana mana duduk rumah je maka cik zira pun semalam pegila paso beli segala barang untuk stok seminggu ni. Barang basah suamiku setel dia kan meniaga kat paso. Sayur sayur dengan barang kering cik zira cari sendiri. Maka sejamla jugak dekat market tun sardon semalam.

Balik setel dulu masak lauk untuk makan sebab perut dah lapo. Khalisah pun sibuk nak tolong ibu. Tugas khalisah kopek kulit bawang putih. Dia kopek pakai tangan je. Banyak jugak khalisah tolong sampai habis sume dia kupas.

Jadi lauk untuk semalam ialah:
1. Daging halia masak kicap
2. Kangkung belacan
3. Telur dadar


Makanla kitorang bertambah. Lapo punya pasal plus dah lama tak masak sendiri. Habis licin lauk ulang makan petang jugak.

Lepas asar lapo lagi dah makan nasi pun. Jadinya, cik zira pun apa lagi. Sotong fresh dalam peti potong buat sotong goreng tepung cicah sos ayam siam tu. Ha puas hati makan rangup rangup banyak plak tu. Kalau order kedai dah bape rm tu kan.


Ha tu cite semalam. Harini punya makan? Ha. Lepas subuh cik zira dah siapkan dah. Dari semalam dah pk dah apa nak masak esok ni. Semalam dah daging kan. Harini cik zira masak ayam plak tengah hari kang.

Jadinya tadi pas subuh dah marinate isi ayam. Suamiku amek bahagian peha kot dia buangkan tulang. Ala yang orang selalu buat chicken chop tu. Tapi ni cik zira marinate dengan bahan blend iaitu bawang putih bawang beso halia dengan cili sket. Lepastu sos ikan sos tiram serbuk lada hitam. Gaul rata simpan dalam peti siap siap. Nanti kita panggang sahaja ayam itu dan buatkan sosnya.



Untuk sayur pun dah siap potong dah. Carrot cendawan dengan brocoli tu. Sayur campur jela jawabnya nak lawankan dengan ayam panggang tu karang.




Korang cuti pegi mana. Bestla boleh jalan jalan kan. Cik zira duduk penang je. Tunggu orang orang bercuti kat penang kita jumpa sini jela ye. Hehe

Jadinya setiap harini kena fikir apa nak masak apa nak masak. Yang penting cik zira pakai konsep masak campak campak jek. Ikut jela rasa nak masak apa campak jela dalam periuk tu. Asalkan rasa ada boleh telan jalan jela.

Cukup dah ni kot. Kalau bebel bab makan memangla nombor 1 cik zira ni. Tak sedar badan dah macam gajah dah ni. Tahun depan bagi slim balik. In Sha Allah. Aamiin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails