SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, January 1, 2018

2017 kenangan 2018 permulaan

Assalamualaikum wbt..
Harini 01.01.2018 jam 1.04 am. Masih belum tido jadi cik zira nak membebel sekejap dekat blog.

Harini tadi bawa khalisah pergi pesta pulau pinang. Nasib baik sempat jugak bawa padahal hari hari lalu pesta tu dia tengok je cakap macam dalam cite upin ipin.

Beli token rm50 dapat 25 token bagi main puas puas. Habis token baki 1 lagi kasi kat sorang budak tu tadi. Siap je kol suamiku suh amek. Memang berjalan bertiga beranak je ye cik zira ni dengan khalisah dan khaliq. Lagi selesa jalan dengan anak anak sendiri. Hehe

Khalisah puas dapatla merasa jugak. Ni kali kedua jejak kaki ke pesta tu. Kali pertama masa kawen dulu bawa family dari jb. Ni lepas 6 tahun kahwin dah beranak 2 baru pergi lagi skali 😅

Penutup 2017. Dapat hiburkan hati khalisah main dekat pesta. Ibu pun bersyukur dapat teguhkan hati tak membeli apa pun. Alhamdulillah. Kena kekalkan keteguhan hati macam ni selalu supaya tidak suka suka hati membeli itu ini ikut nafsu sangat. Mudah mudahan. Aamiin.

2017 dah berlalu dengan cukup manis masam pahit masin segala. Yang indah yang sedih semua dah rasa. Yang baik yang gaduh yang cari pasal sume ada. Cukup didik diri supaya jangan terlampau jadi baik sangat. Orang baik cik zira akan baik orang cari pasal memang jenis cik zira akan ingat sampai bila bila. Susah nak lupa. terima kasih Allah terima kasih atas segala yang Kau berikan padaku untuk tahun 2017. Kesihatan yang baik kekuatan kudrat untuk mencari rezeki. Kurniakan 2 orang anak yang cukup lengkap.

2018
Semoga perjalanan 365 hari di tahun 2018 ni pulak menjadi lebih baik dari segala hal. Sentiasa bersamaku Ya Allah.

Semoga jadi hambaMu yang semakin dekat padaMu. Isteri ibu anak cikgu yang makin baik. Meniaga pun makin dilimpahkan rezeki yang banyak. Kesihatan yang baik. Anak anak yang baik dan mendengar kata.

Tunggu si khaliq dapat kaki ni. Kasut dah belikan siap siap..



Cik zira doakan kita semua akan menjadi hamba Allah yang lebih baik. Apa kita buat ingat dan mohon pada Allah.

Selamat datang 2018.. 😍

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails