SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, December 25, 2017

Shopping baju suar tudung sumelah!

Cuti tak sampai sebulan dah macam macam dah beli. Habis dah duit tak terkira 😅

Baju kurung untuk pergi keje rasanya lebih dah 10 pasang beli baru. Yang ada selama ni berpuluh puluh pun duk bergantung je lagi sayang nak kasi orang sebab sume boleh pakai lagi.

Musim jubah pun dah tak sangat jadi jubah bergantungan penuh stand tu pun duk diam diam situ ada mood cik zira sarung pakai. Lebih 40 helai jubah ada.

Sekarang sejak sejak dah boleh pakai seluar keje nak membeli seluar je. Dulu gemok kaki gemok malu nak pakai seluar. Sekarang dah boleh sarung seluar tu keje nak membeli seluar dengan blouse je. Lagipun senang nak bergerak anak dah 2 ni. Hehe

Baru ni ke parit buntar reward diri sendiri keje penat dapatlah 8 pasang baju keje ready made kain cotton. Campur campur design peplum silang ada kebaya ada mini kurung ada. Khalisah pun dapat sepasang. Pastu beli shawl dapatlah 8 helai. Hebat tak.. bab menghabiskan duit memang cik zira lah. Mana pernah beli 1 2 je. Mesti skali beli banyak banyak 😥😥



Tak saba nak keje. Banyak dah tu baju tudung baru. Lagipun 2018 pegang kelas. Nak cantik cantik baru budak budak suka nak blaja suka nak dengar cakap teacher. Mudah mudahan. Aamiin 😍😍

Esk last cuti lagi sehari. Setelkan packing bajuarab yang dah siap basuh jemur kering. Rabu dah start keje. Next week bermulalah sesi 2018.

Berdebar.. semoga 2018 lagi dedikasi dan buat keje dengan sehabis baik. Aaamiin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails