SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, May 20, 2020

Resipi Mudah : Kuey Teow Ladna

masih ada berbaki 4 hari sebelum ramadhan berakhir dan kita semua bakal meraikan syawal yang indah, in sha Allah.

jadi, cik zira nak share kan resipi mudah Kuey Teow Ladna cara cik zira lah of course. janji mudah simple dan sedap. boleh korang buat untuk berbuka atau bersahur.




Bahan-bahan :

A
kuey teow (cik zira guna yang halus kecik lagi sedap)
bawang putih 2 diketuk
kicap soya cair
kicap pekat
kicap manis

B untuk kuah
bawang putih 4 diketuk
kiub ayam
garam secukup rasa
minyak bijan
lada putih
lada hitam
fish cake/ball
seafood
sayuran
telur
tepung jagung

CARA MASAK
1. step pertama siapkan kuey teow dulu. panaskan minyak tumis bawang putih, masukkan kuey teow. masukkan 3 jenis kicap tu dan gaul sebati. bau kuey teow time ni macam bau dekat kedai siam. hehe
2. ketepikan kuey teow hitam yang dah siap tu.
3. sekarang nak buat kuah pulak. panaskan minyak, tumiskan bawang putih. masukkan sedikit air dulu. masukkan kiub ayam dan bagi mendidih sekejap.
3. masukkan seafood dan fish ball/cake. tambahkan air ikut berapa banyak nak kuah tu.
4. masukkan sayuran. gaul rata.
5. masukkan minyak bijan sedikit, lada hitam, lada putih dan perasakan dengan garam.
6. pecahkan sebijik telur dalam mangkuk asing dan gaulkan. tuangkan pelan pelan ke dalam kuah dan kacau perlahan.
7. campurkan sedikit tepung jagung dan air dan masukkan ke dala kuah untuk pekatkan kuah sedikit.
8. siap dan boleh dihidang. masukkan kuey teow hitam tadi ke dalam pinggan. kemudian tuangkan kuah ladna ke atas kuey teow. boleh jugak kalau nak letak lada jeruk atau bawang goreng. terpulang citarasa masing masing.

selamat mencuba!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails