SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, September 16, 2025

Classic Tiramisu by Keyes Bakehouse

dah rasa banyak kek tiramisu dekat penang kan, review pun dah dekat sini : Review Kek Tiramisu

tadi, pergi Warong Dessert dekat Larkin, beli makanan pastu belilah sekali Classic Tiramisu yang viral sampai sekarang dari Keyes Bakehouse tu. ada jual dekat Warong Dessert. 


rupanya kalau pergi direct kafe dia harga RM29.90 je kan. tapi tadi sebab bawa masuk situ dengan segala mak nenek charge takyah beratur semua, sebekas jadi RM49. tiramisu paling mahal cikzira pernah beli setakat ni. tapi takpe, bekas dia cantik bekas tu yang mahal jugak sebab boleh simpan dan cute!






review? ok, krim cheese dia sedap. serbuk kopi atas pun ok tak pahit kopi sangat. lady finger tu mcm soggy jugak tapi masih ok. kesimpulannya ok sedap. cikzira boleh kasi 8.5/10. cuma bila beli mahal RM49 tu ok dahla at least dah merasa classic tiramisu paling viral seMalaysia ni. 

orang JB nak merasa boleh terjah Warong Dessert tau. takyah beratur pun. ada dekat chiller kecik masuk masuk kedai depan sekali. selamat mencuba☺️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails